PETALING JAYA: Undang-undang anti berita palsu boleh menyebabkan
media bebas mengalami masalah kewangan kerana pelaburan akan
berkurangan, kata pemberita veteran Jahabar Sadiq.
Jahabar, yang mengendalikan The Malaysian Insight, berkata sebaik
sahaja undang-undang itu berkuatkuasa, kebanyakan berita akan datang
daripada kerajaan dan media yang diselia atau dikawal kerajaan.
“Kita akan hidup dalam matriks, dibentuk dan ditentukan oleh kerajaan memerintah.”
Beliau berkata undang-undang itu bukan sahaja memberi kesan pada
pengamal media tetapi juga membolehkan kerajaan menentukan fakta dan
rekaan.
Dewan Rakyat hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Anti Berita
Tidak Benar 2018, yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mencipta,
menawarkan, menyiarkan, mengedarkan atau menyebarkan berita palsu,
dengan denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara sehingga 10 tahun atau
kedua-duanya.
Ditanya mengenai implikasi denda RM500,000 ke atas portal berita,
Jahabar berkata ia bermakan “gulung tikar dan muflis seumur hidup”.
Sementara itu, Ketua Editor Malaysiakini Steven Gan menggambarkan
undang-undang itu “satu lagi alat untuk menindas”, dan berkata negara
sudah mempunyai beberapa undang-undang yang boleh digunakan untuk
melawan berita palsu.
“Undang-undang terbaru ini lebih dari sekadar satu lagi bentuk
kawalan oleh kerajaan; ia boleh membunuh demokrasi yang sedia tenat yang
kita ada.
“Berita palsu kini ditentukan oleh kerajaan. Dua tambah dua tidak
sama dengan empat jika kerajaan tentukan seperti itu,” tambahnya.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) menggesa Putrajaya
mengkaji semula RUU itu secara mendalam dengan badan-badan lain yang
berkaitan sebelum ia dilaksanakan untuk menentukan penggunaannya dengan
jelas.
Setiausaha Agung Chin Sung Chew bimbang implikasi meluas
undang-undang itu ke atas industri media, kerana penalti yang berat ke
atas sumber, pembiaya dan penerbit serta kapasiti undang-undang itu
untuk memaksa pertubuhan-pertubuhan menurunkan artikel.
NUJ turut mempersoalkan Fasal 8(3) yang menyatakan arahan menurunkan
bahan yang dianggap mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara
tidak boleh dipohon untuk diketepikan.
“Kami sangat bimbang undang-undang yang memberikan kuasa yang tidak
boleh dipersoalkan kepada satu pihak untuk menurunkan artikel yang tidak
dipersetujuinya akan mudah disalahguna.”
Kumpulan hak pengamal media Gerakan Media Merdeka (Geramm) turut
membidas undang-undang yang dicadangkan itu, menggesa penyokong
menyertai kempen Twitter menuntut kembali hak wartawan untuk menjalankan
tugas.
Dalam kenyataan hari ini, Geramm berkata takrif “berita palsu”
terlalu luas dan mudah disalahgunakan bagi mengekang kebebasan media dan
kebebasan bersuara.
“Kerajaan tidak seharusnya dibenarkan memegang monopoli keatas takrif berita palsu.
“Senjata utama menentang berita palsu bukanlah satu lagi akta baru, tapi sebaliknya dengan memperkasa hak kebebasan maklumat.”
Bawah RUU itu, berita palsu dijelaskan sebagai “sebarang berita,
maklumat, data atau laporan, yang sebahagian atau sepenuhnya palsu, sama
ada disiarkan dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa
bentuk lain, yang boleh mencadangkan kata-kata atau idea.
Memberi bantuan kewangan secara langsung atau tidak langsung untuk
memudahkan penyebaran berita palsu atau kesalahan itu juga boleh satu
kesalahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata RUU itu bertujuan melindungi orang awam daripada lambakan berita
tidak benar.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan