Riuh Rendah Soal Quino,Gst Dan Kleptokrasi Menjelang PRU Ke 14.

Oleh HAYAR HASSAN

Sekitar sebulan lalu, agak heboh juga soal makanan bijirin Quino yang telah dipromosikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Razak. Sewaktu berucap pada majlis Sessi Berkongsi Belanjawan 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), YAB Perdana Menteri telah memaklumkan kepada peserta-peserta program tersebut bahawa beliau telah lama tidak memakan nasi.

Dikhabarkan beliau sekeluarga telah menggantikan nasi, menu utama makanan rakyat Malaysia kepada bijirin quino . Pendedahan terbaru YAB Perdana Menteri Malaysia tentang bijirin quino ini rupanya menarik minat semua rakyat Malaysia. Maklum lah cakap-cakap seorang Perdana Menteri pastinya akan menjadi bualan semua rakyat. Jujur saya katakan bahawa saya sendiri pun baru pertama kali mendengarnya.

Dikhabarkan YB Saudara Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah , orang lama DAP juga baru pertama kali mendengar perihal bijirin quino ini ! Pastinya setelah nama bijirin quino ini dipromosikan banyak orang akan mencarinya di pasaraya terkemuka dan akan terus mencubanya.

Rupanya bijirin quino ini adalah sejenis bijirin kuno yang ditanam oleh masyarakat Incas di Pergunungan Andes khususnya di Negara Peru, Amerika Selatan.

Dikhabarkan bijirin quino ini apabila dimakan tidak akan menghasilkan lemak dan amat sesuai sekali untuk warga emas yang kurang beriadah. Jelasnya ianya boleh mengelakkan kegemukan@obesiti pada tubuh badan walau pun sesaorang itu kurang beriadah!

Seperkara lagi yang cukup mengejutkan adalah tentang harga bijirin quino ini. Dikhabarkan bahawa harga quino di Pasaraya TESCO adalah RM591.60 untuk 10 kilogram. Harga ini sememangnya terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga beras Super Jasmine yang cuma berharga RM25.85 untuk 10 kilogram juga. Harga quino ini rupanya 22 kali ganda mahalnya dengan beras , makanan utama kebanyakan rakyat Malaysia ! Tentunya cukai Government Service Tax(GST) untuk 10 kilogram bijirin quino adalah sekitar RM35.50!. Kita boleh membeli 15 kilogram lagi beras Super Jasmine seandainya GST ini tiada.

Pastinya yang mampu membeli dan memakan bijirin quino ini adalah orang-orang kaya dan terlalu berada sahaja, bukan rakyat biasa seperti kita. Apa pun syarikat pengimport bijirin quino ini patut berterimakasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana telah mempromosikan produk jualan mereka dengan begitu berkesan sekali !

Setelah GST diperkenalkan dan dikenakan kepada semua pengguna di Malaysia kira-kira dua tahun lalu, rasanya semua rakyat telah amat terkesan akan impaknya terhadap perbelanjaan harian kita. Sebelum ini, kita cuma ada mendengar tentang Cukai Perkhidmatan(Service Tax).

Cukai Perkhidmatan ini cuma dikenakan kepada pengguna-pengguna atas perkhidmatan yang seseorang pengguna itu terima. Contohnya apabila pengguna makan di restoran, menginap di hotel-hotel dan lain-lain lagi yang hanya mampu dinikmati oleh golongan berada dan pertengahan. Orang kampong dan golongan marhaen pastinya tidak memerlukannya. Oleh yang demikian kesannya kepada rakyat bawahan adalah sifar@TIADA.

Tetapi untuk GST, lain rupanya. GST terkena kepada semua pengguna, tidak kira golongan berada atau golongan marhaen. Sekiranya kita membeli apa barangan pun, daripada pasaraya atau pun kedai runcit di kampong, kita tetap telah membayar GST ! Begitulah hebatnya impak GST kepada kehidupan seharian kita.

Menurut seorang peniaga cat, setiap pembelian yang kita buat, jumlah GST yang dikenakan kepada pengguna dengan serta merta telah sampai ke Jabatan Kastam DiRaja Malaysia(JKDM) kerana mesin cashier penjual telah disambungkan dengan sistem computer JKDM.

Peniaga-peniaga wajib membayar GST hujung bulan setiap bulan atau pun setiap tiga bulan, mengikut kategori perniagaan masing-masing. Oleh yang demikian, dari segi kutipan oleh Kerajaan, GST ini cukup efisien . Kakitangan JKDM hanya perlu membuat pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang sahaja. Tidak hairan lah kalau pendapatan Kerajaan daripada GST untuk tahun 2016 bernilai sekitar RM41.2 bilion , melebihi sasaran awal ! Sasaran kutipan hanya lah RM39.0 bilion sahaja!

Seperkara lagi yang perlu kita maklumi, adalah dikhabarkan GST ini mungkin berlapis-lapis. Ianya dikenakan seawal daripada peringkat pengilang, pengedar dan akhirnya peruncit. Tidak hairan lah banyak daripada harga barangan telah naik dengan mendadak sekali. Rupanya GST menjadi salah satu penyebab utama inflasi ! . Sewajarnya lah pengundi-pengundi memberikan undi kepada calon-calon Pakatan Harapan(PH) kerana PH telah berjanji untuk menghapuskan GST.

Istilah kleptokrasi(cleptrocracy) , rupanya hanya muncul setelah kisah-kisah skandal 1 Malaysia Development Berhad(1MDB) mula diperdebatkan oleh ahli-ahli politik dan pakar-pakar ekonomi Negara. Jujur saya katakan bahawa istilah kleptokrasi dan pengngubahan wang haram(money laundering) ini cukup baru kepada saya. Kita terpaksa membuka kamus dan membuat carian di alam maya untuk memahaminya. Beruntung lah kita kerana pada zaman canggih ini, amat mudah dan pantas untuk membuat carian seandainya kita mempunyai perkhidmatan internet atau pun memiliki telefon pintar(smart phone). Segalanya hanya dihujung jari !

Dengan tertahannya kapal mewah The Equinimity Georgetown di perairan Pulau Dewata Bali, Indonesia, isu-isu sekitar PRU 14 menjadi semakin memanas. Parlimen Malaysia akan bubar secara otomatik pada pertengahan bulan Jun 2018, sekitar 90 hari sahaja lagi.

Dikhabarkan juga bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) bakal dibebaskan pada tanggal 8 Jun 2018. Banyak ramalan mengatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Mac 2018 ini dan PRU 14 akan diadakan sebelum bulan Ramadhan, iaitu pada awal bulan Mei 2018. Sama-sama lah kita menunggu pengumuman pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN).

Semoga kecelaruan berkaitan dengan 1MDB, Cleptrocracy,GST, Money Laundering akan sampai ke titik noktahnya. Marilah kita membuat suatu perubahan yang besar dalam PRU 14 ini, demi kelangsungan masa depan anak cucu dan generasi akan datang dengan kita semua berkempen kepada kaum keluarga, sahabat handai dan kenalan agar mengundi CALON-CALON PAKATAN HARAPAN DI PERINGKAT PARLIMEN ATAU PUN DEWAN UNDANGAN NEGERI !














Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan