Rumah Menteri Kelantan Kena Serang ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Apa sudah jadi dengan Pas Kelantan. Gambar ini katanya para penyokong Adun Kelaboran Zaki Ibrahim yang menyerang rumah MB Kelantan Ahmad Yakob untuk menyerah memorandum bantahan kerana Zaki tidak dicalonkan bertanding mempertahankan kerusi Kelaboran.

Polis terpaksa mengawal keadaan. Masakan sampai begitu sekali. Kenapa hendak gugur Zaki, bukankah beliau seorang wakil rakyat yang rajin dan kuat berkhidmat kepada rakyat?

Apakah kerana beliau dikaitkan sebagai orang kuat Husam Musa lalu beliau digugurkan.

Hormatilah pendirian Zaki selama ini, tidak ada makna beliau terus bertahan dalam Pas kalau berakhir dengan penyingkiran.

Khabarnya perarakan seperti ini akan menyusul lagi apabila ada Adun digugurkan tetapi tidak disenangi penyokong mereka.
Kebanyakan Adun digugur kerana diganti dengan kroni. Adun yang bermasalah dikekalkan. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan