Cadang pilih Ku Li Presiden Umno
MAK CHILI - Umno Cawangan Mak Chili mencadangkan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai Presiden Umno untuk penggal 2018 hingga 2021.
Ketua Cawangannya, Maidin Hassan berkata, pemilihan Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu untuk mengemudi parti adalah usul sebulat suara yang dipersetujui ahli akar umbi di cawangannya.
Katanya, usul itu dikemukakan sebagai cara memulihkan semula Umno selepas kekalahan teruk BN dalam PRU14 lalu.
"Umno adalah tulang belakang BN jadi dengan kekalahan teruk itu, Umno mesti dipulihkan semula.
"Tiada lagi tokoh yang dapat menerajui Umno dan BN melainkan Ku Li. Dengan karisma dan ketokohan yang dimiliki beliau, kami yakin Ku Li mampu mengembalikan kekuatan serta maruah Umno dan BN," katanya selepas Mesyuarat Agung Umno Cawangan Mak Chili, di sini, semalam.
Persidangan itu diadakan di Bangunan Umno Cawangan Mak Chili dan dihadiri seramai 63 ahli.
Pada PRU14, 9 Mei lalu, BN yang memerintah negara sejak 61 tahun lalu hilang tampuk kuasa apabila tumbang kepada Pakatan Harapan selain Terengganu pula dirampas Pas.
0 comments:
Catat Ulasan