Pergerakan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan
menggesa kerajaan persekutuan memberi jawatan menteri atau timbalan
menteri dari negeri itu menerusi kuota sebagai senator.
Ketuanya, Asran Alias berkata pihaknya mencadangkan beberapa nama
iaitu Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa, Pengerusi
PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah untuk dilantik sebagai senator.
“Selain itu, nama-nama lain seperti Dr Mohd Radzi Mohd Jidin, Hisham
Fauzi serta Roslan Puteh antara nama yang boleh diangkat menjawat
jawatan senator dan nama-nama ini mewakili tiga parti utama dalam
Pakatan Harapan (PH),” katanya pada majlis berbuka puasa bersama media
semalam di petik Bernama.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, PH gagal
memenangi sebarang kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (Dun)
di Kelantan.
Mengulas lanjut, Asran berkata pihaknya akan mengadakan kunjungan
hormat ke atas Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengucapkan
tahniah berikutan pelantikannya sebagai perdana menteri.
Beliau berkata antara perkara yang akan dibincangkan termasuk royalti
petroleum serta isu berkaitan pembangunan luar bandar di negeri
berkenaan
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan