Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang mengangkat sumpah sebagai Menteri
Pertahanan petang kelmarin disambut oleh pegawai kanan kementerian itu
hari ini apabila beliau masuk untuk melaporkan diri.
Beliau menerima tabik hormat dari para tentera dan disambut oleh
Panglima Angkatan Tentera serta panglima-panglima Tentera Darat, Udara
dan laut serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Mohamad yang memakai sut berwarna biru gelap dengan songkot hitam
kemudiannya memeriksa barisan kehormat yang menyambut ketibaan beliau.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di depan Yang Dipertuan Agung lewat
petang semalam bersama 12 lagi rakannya termasuk timbalan perdana
menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismai.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemilihan Mohamad
sebagai Menteri Pertahanan 13 Mei lalu bersama-samanya Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Lim Guan Eng sebagai
Menteri Kewangan.
Mohamad menang dengan majoriti besar, iaitu sebanyak 71,142 undi di Parlimen Kota Raja, Selangor.
Beliau mendapat 90,697 mengalahkan calon Pas, Mohamed Diah Harun
19,555 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), V Gunalan pula 17,874
undi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan