PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan bahawa
ada individu yang memperkenalkan ‘Putera Raja Arab’ sebagai saksi kepada
suruhanjaya itu.
Menurutnya, dalam amalan prosedur operasi standard (SOP), SPRM akan mengenal pasti individu sebagai saksi.
“Tetapi dalam kes ini, seseorang telah memperkenalkan ‘Putera Diraja
Arab’ kepada kami yang didakwa sebagai penderma RM2.6 bilion kepada
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Menurutnya, ketika pasukan penyiasat berjumpa, putera berkenaan mengakui dakwaan itu.
“Namun apabila diminta dokumen sokongan, beliau tidak dapat kemukakannya,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan