PETALING JAYA: PAS membantah gesaan supaya Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) ditutup, sebaliknya memberi amaran kepada kerajaan
Pakatan Harapan (PH) ia bakal mengundang kemarahan sekiranya gesaan
seperti itu dilayan.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana kewujudan Jakim diiktiraf oleh pelbagai pihak luar negara.
“Dan sepatutnya peranannya dipertingkatkan. Kerajaan diingatkan
jangan kerana satu dua suara yang tidak senang dengan peranan Jakim,
kerajaan terus bertindak,” katanya
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masa depan
Jakim akan ditentukan berdasarkan kajian sekumpulan ulama yang mengkaji
peranan Jakim, di samping penyeragaman dan penyelarasan urusan agama.
Jakim ditubuhkan sebagai agensi pusat untuk menyeragamkan dan
menyelaraskan undang-undang, pentadbiran dan pembangunan pendidikan
Islam yang terletak bawah bidang kuasa majlis agama negeri-negeri.
Sebelum ini beberapa pihak menggesa Jakim dibubarkan selepas mendakwa agensi itu mencampuri urusan agama di negeri-negeri.
Antaranya Tawfik Ismail, anak bekas timbalan perdana menteri era
1970-an Tun Ismail Abdul Rahman, yang menyuarakan bantahannya terhadap
rancangan untuk menilai peranan agensi itu, dengan mengatakan ia
sepatutnya dibubarkan terus.
Tuan Ibrahim berharap ulama yang dipilih itu akan merumuskan keputusan positif bagi menambah baik peranan Jakim.
Beliau pada masa sama berkata parti Islam itu bersedia untuk terlibat sama sekiranya dijemput oleh kerajaan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan