Oleh Shahbudin Husin
Apa nasib Muhyiddin Yassin dalam usul undi tak percaya 18 Mei nanti?
Bolehkah beliau menang dan kekal lagi sebagai Perdana Menteri?
Atau mungkinkah Muhyiddin bakal menjadi seorang lagi Perdana Menteri,
selepas Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak yang berjaya dijatuhkan oleh
Tun Mahathir Mohamad?
Jika usul itu berjaya, adakah Tun Mahathir
sekali lagi akan jadi Perdana Menteri atau beliau sekadar mahu
mengembalikan kuasa kepada PH dan menyerahkan kepada orang lain untuk
menjadi Perdana Menteri?
Demikian antara beberapa persoalan yang
kedengaran sejak tersiarnya berita tentang usul undi tak percaya yang
dicadangkan oleh Tun Mahathir terhadap Muhyiddin diterima oleh Speaker
Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Rata-rata orangramai menyambut baik usul tersebut, bukan saja kerana ia
dibenarkan oleh perlembagaan, malah juga untuk mengesahkan kedudukan
Muhyiddin selaku Perdana Menteri yang disebut oleh Hadi Awang,
memperolehi jawatan tersebut melalui tebuk atap.
Dengan itu,
keputusan Speaker membenarkan usul tersebut seharusnya disanjung tinggi
kerana beliau sebenarnya mahu, siapa pun yang duduk di kerusi Perdana
Menteri selepas 18 Mei nanti, ada seorang yang tidak diragui langsung
kesahihannya.
Begitu pun, ramai yang melihat dengan diterimanya
usul Tun Mahathir itu, kedudukan Muhyiddin dianggap semakin genting atau
kian berada di hujung tanduk.
Dalam bahasa pasar kaki lima, ertinya….habislah Muhyiddin kali ini!!
Ada beberapa faktor yang tampak meyakinkan bahawa usul ini akan menemui
kejayaan dan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri paling singkat
dalam sejarah negara.
Pertama, usul undi tidak percaya ini
walaupun hanya akan ditentukan oleh 222 Ahli Parlimen, tetapi majoriti
rakyat yang mengundi PH dalam PRU14 lalu pasti turut sama mengiringinya
dengan doa kepada Tuhan agar ia menemui kejayaan.
Mahu tidak
mahu, niat murni di sebalik usul ini adalah untuk mengembalikan semula
kuasa kepada PH yang sebelum ini kerajaannya telah dirampok di
pertengahan jalan.
Doa-doa pengundi yang teraniaya kerana mereka
mengundi PH, tetapi PN yang menjadi kerajaan melalui jalan
pengkhianatan, adalah doa tanpa hijab yang lebih mungkin diterima serta
dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, jangan main-main dengan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin ini!!
Kedua, mengenali rekod Tun Mahathir menjatuhkan orang selama ini,
beliau tidak mungkin melakukan sesuatu perkara jika tidak yakin
kemenangan mampu dicapainya.
Lihat bagaimana beliau menjatuhkan
Tun Abdullah Badawi dan Najib sebelum ini, hanya setelah benar-benar
yakin kejayaan boleh dicapainya, barulah jalan itu dipilihnya
.
Dalam kes usul undi tidak percaya ini, tidak mustahil Tun Mahathir
sebenarnya telah melakukan penelitian dan perancangan rapi serta membuat
beberapa urusan seperti melalui panggilan telefon dengan pelbagai pihak
dalam tempoh PKP kira-kira 50 hari sebelum ini di mana beliau hanya
berkurung di rumahnya saja.
Ketiga, walaupun UMNO merupakan
sebahagian daripada kerajaan PN yang tidak berdaftar ini, tetapi mereka
sebenarnya ibarat penumpang kelas tiga serta dapat nikmat sipi-sipi
saja.
Penumpang kelas pertama ialah geng Bersatu pro Muhyiddin,
termasuk bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke dalam parti itu
seperti Hamzah Zainuddin, Dr. Latif Ahmad dan lain-lainnya.
Penumpang kelas kedua pula ialah kumpulan Azmin Ali daripada bekas PKR
di mana semua 10 Ahli Parlimennya yang khianat telah diberikan jawatan
dalam kerajaan.
Dua kelas penumpang inilah yang paling banyak
mendapat nikmat jawatan dan kedudukan daripada Muhyiddin, walaupun UMNO
merupakan blok terbesar dalam PN dengan jumlah Ahli Parlimen seramai 39
orang, tidak temasuk dua daripada MCA dan seorang MIC.
UMNO yang
biasa menjadi ketua dan berada di gerabak kelas pertama sejak 60 tahun
lamanya benar-benar tidak puas hati dengan kedudukan mereka yang
dihumban hina ke kelas ketiga sekarang ini.
Lantaran itu, UMNO
tidak pernah puas hati dan sentiasa memberi tekanan kepada Muhyiddin
kerana lebih mahukan PRU diadakan segera bagi membolehkan mereka bersama
Pas dalam MN menjadi kerajaan dan mentadbir negara ini sebagai ketua
berkelas pertama semula.
Untuk itu, terdapat kecenderungan yang
nyata bahawa UMNO mungkin memberi sokongan secara diam-diam kepada usul
Tun Mahathir ini.
Namun, sokongan mereka bukanlah untuk
membolehkan PH berkuasa semula, tetapi dengan harapan Muhyiddin akan
membubarkan Parlimen jika kalah dalam usul tersebut.
Selain itu,
terdapat juga kemungkinan sejumlah Ahli Parlimen UMNO yang tidak setuju
dengan tindakan Muhyiddin terlalu memberi keutamaan kepada Azmin yang
dijadikan menteri kanan paling kanan, walaupun ada kes moral yang jijik,
turut menyokong usul Tun Mahathir ini dalam pengundian nanti.
Sekarang usaha Muhyiddin mengikat mereka ialah dengan cara memberi
jawatan dalam GLC yang jelas semakin aktif dilakukan kebelakangan ini.
Tetapi, jawatan dalam kerajaan dan GLC bukan jaminan yang dapat
mengikat Ahli-Ahli Parlimen UMNO kerana kiblat mereka adalah kepada
parti, lagi pun PN hanyalah kerajaan sementara yang paling lama pun
bertahan sehingga PRU15 saja.
Dengan semua faktor itu, kelebihan
jelas tidak banyak memihak kepada Muhyiddin dan harapannya untuk
bertahan lebih lama tampak sangat tipis.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tindakan ini pun kerajaan pintu belakang! Kenapa penyokong PH tak mahu PRU15 jika mengaku disokong rakyat.
BalasPadam