Tuan Ibrahim Tidak Perlu Beri Petunjuk

Oleh Mohd Sayuti Omar

Maaflah kalau saya katakan politik Pas terus menjumud. Politik Pas mungkin mengambil keadaan tidak memisahkan agama dengan segala kehidupan termasuk politik. Sebab itu walaupun pilihan raya sudah selesai, tetapi pemimpin Pas terus berpolitik, politik serang pihak lain, kali ini kerajaan PH.

Belum apa-apa timbalan presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menuntut agar kerajaan PH menjelaskan royalti minyak. Sebenarnya kalau Tuan Ibrahim faham dan baca manifesto PH khasnya di Kelantan, beliau tidak perlu buat kenyataan tuntutan itu sebab ia perkara dijanjikan oleh PH. 

Husam Musa sudah berkata lebih dua kali, kalau Dr Mahathir jadi PM, dia hendak jadi orang berada di pejabat Dr Mahathir sahaja. Dalam tempoh 100 hari dia akan minta kerajaan PH membayar royalti kepada Kelantan.

Sepatutnya Tuan Ibrahim tunggu 100 hari tidak perlu memberi papan tanda kepada orang yang sudah arif dengan sesuatu jalan itu. Nampak sangat kita nak jadi cerik walhal kita bodoh. Selepas 100 hari kalau tidak dilaksanakan baru boleh memberi peringatan. Inilah masalahnya kalau si pelupa hendak memberi ingatan kepada yang senantiasa ingat.

Apa yang patut Tuan Ibrahim lakukan ialah mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir dan PH dan berjanji untuk memberi kerjasama dalam pembangunan di Kelantan dan Terengganu. Kenyataan itulah baru ada kelas dan orang lihat bijak dan profesional.

Sesudah jadi ahli parlimen janganlah jumudkan kepala dan “sondok” kepala dalam gelung lama Pas.

Ikut sesetengah sahaja apa yang Hadi buat, jangan ikut semua. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan