Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail pula dilantik menggantikan Amirudin
sebagai exco pembangunan generasi muda, sukan, kebudayaan dan
pembangunan usahawan.
Istiadat pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah oleh
Amiruddin dan Rodziah diadakan di depan Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah pada 10.15 pagi.
Turut hadir Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin, Raja Muda
Selangor, Tengku Amir Shah dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul
Wahid.
Amirudin dan isterinya, Masdiana Muhamad tiba di Balai Rung Seri Istana Alam Shah sekitar 8.20 pagi tadi.
Beliau memenangi kerusi DUN Sungai Tua sejak 2008 dan dilantik menjadi exco sejak 2013.
Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai calon menteri besar
selepas Datuk Seri Azmin Ali yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH)
Selangor, melepaskan jawatan itu selepas dilantik sebagai menteri hal
ehwal ekonomi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Azmin yang juga adun Bukit Antarabangsa dilantik sebagai menteri
besar buat penggal ke-2 pada 11 Mei lalu, selepas PH berjaya
mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-14.
Sebelum ini, nama lain yang turut disebut menggantikan Azmin ialah
Adun Ijok, Dr Idris Ahmad dan Adun Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin
Badaruddin.
Terdahulu, majlis serah kuasa menteri besar Selangor oleh Azmin diadakan di Balai Mengadap Istana Alam Shah sekitar 9.30 pagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan