PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, hubungan
sesama pemimpin Pakatan Harapan (PH) akrab dan tiada perebutan kuasa
antara Tun Dr Mahathir Mohamad serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi PH itu mendakwa Umno
melancarkan perang psikologi dengan memberi gambaran negatif mengenai
hubungan Dr Mahathir serta Anwar untuk memecahbelahkan perpaduan dalam
PH supaya rakyat hilang keyakinan kepada kepimpinan negara.
“Namun, kita harus bersyukur kerana perpaduan sesama pemimpin di dalam PH pada realitinya amat akrab serta tulen.
“Keseluruhan rakyat Malaysia dapat lihat sendiri kemesraan serta
keakraban Dr Mahathir dengan Anwar ketika makan malam bersama di
kediaman peribadi perdana menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak dibebaskan 16 Mei lalu selepas 3 tahun dipenjarakan, Anwar
menemui Agong, 4 sultan dan kerabat diraja Johor, Pahang, Perak dan
Selangor.
Bagaimanapun, ada khabar angin mendakwa ketua umum PH itu
membelakangkan perdana menteri dan sengaja mendekati istana yang tidak
mempunyai hubungan mesra dengan Dr Mahathir.
Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak merahsiakan apa-apa daripada
Dr Mahathir mengenai pertemuannya dengan sultan dan kunjungan itu atas
jemputan istana yang tidak patut disalah tafsir sebagai langkah politik
untuk menggugat pengerusi PH itu.
“Semua saya lapor kepada Tun Mahathir. Dia harus tahu saya menghadap Agong.
“Sebelum ke Johor, saya maklumkan kepada Tun Mahathir. Sebelum
menghadap Sultan Nazrin (Perak), juga saya maklum Tun Mahathir. Yang
lain sibuk apasal?” soalnya Isnin lalu.
Anwar sebelum ini turut menggesa penyokongnya memaafkan kesalahan
lampau Dr Mahathir dan memberi kepercayaan kepada pengerusi PPBM itu
untuk membina semula negara.
Katanya, beliau sendiri memaafkan Dr Mahathir yang pernah
memenjarakannya selepas menyaksikan keikhlasan mahu memulihkan negara
dan menghapuskan rasuah.
Khairuddin berkata, tindakan Umno itu tidak akan berjaya kerana Anwar
memainkan peranan proaktif dengan cara sendiri untuk mengukuhkan
kedudukan kepimpinan kerajaan PH demi masa depan negara.
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, Anwar dan Dr
Mahathir hanya mementingkan agenda membangunkan semula Malaysia,
bukannya agenda politik peribadi.
“Gandingan kali ke-2 Dr Mahathir dan Anwar adalah lambang kejayaan Malaysia Baru. Insya Allah.
“Rakyat Malaysia boleh sandarkan harapan kepada kerajaan PH yang amat
tulen membela kesejahteraan masa depan keseluruhan masyarakat tanpa
kira kaum ataupun agama.”
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Kadangkala ada juga blogger PH termakan dengan isu yang sengaja dimainkan UMNO/BN. Perkara ini tidak wajar berlaku. Blogger PH sepatutnya bertindak dengan cermat tetapi penuh dengan kebijaksanaan.
BalasPadam