Berikut antara inti pati keputusan yang diumumkannya hari ini.
- Muhammad Ibrahim letak jawatan sebagai gabenor Bank Negara
- Kementerian-kementerian akan disusun semula
- Peruntukan RM500,000 kepada Anggota Parlimen dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen akan disalur sebelum Hari Raya Aidilfitri
- Skim kawalan harga musim perayaan Aidilfitri libatkan 22 jenis barang kawalan
- Kerajaan akan beri insentif raya kepada peneroka Felda, babitkan peruntukan kerajaan RM50 juta
- Peneroka Felcra juga menerima bonus, dengan kos RM44 juta, dibayar melalui keuntungan Felcra
- Parlimen bersidang mulai 16 Julai, Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta GST akan dimansuhkan
- Masa depan Majlis Penasihat Kerajaan belum dimukmatamadkan
- Ujian Bahasa Inggeris untuk kakitangan awam kanan kerana mereka perlu berunding dengan warga asing
- Bayaran Bantuan Sara Hidup tidak lama lagi
- Dr Mahathir akan berada di Jepun antara 10 hingga 12 Jun untuk Persidangan Nikkei - lawatan rasmi rasmi pertamanya
- Kerajaan akan menangani masalah kekurangan zat di kalangan kanak-kanak bandar, termasuk Putrajaya
- Menteri Kewangan dan pegawai SPRM akan ke China tidak lama lagi berhubung siasatan projek Suria Strategic Energy Resources
- Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri akan memulakan tindakan susulan ke atas MH17.
- Kementerian Kesihatan akan mengkaji skim "peduli sihat nasional" dan insurans Takaful bagi golongan miskin
- PM akan melengkapkan kabinetnya menjelang akhir minggu ini
- Jawatankuasa kabinet khas mengenai masyarakat India akan bermesyuarat tidak lama lagi
- Penjawat awam kanan akan dikenakan potongan gaji 10 peratus
- Kerajaan mengkaji semula Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
- PM enggan ulas tuduhan yang memperincikan perbelanjaan untuk Yang di-Pertuan Agong
- Skim kawalan harga musim perayaan akan dilaksanakan mulai 8 hingga 22 Jun
- Kerajaan akan kaji semula pautan dagangan antara Bursa Malaysia dan Singapura
- Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-isu Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan
- Jawatankuasa meliputi pakar bukan kerajaan akan diwujud untuk tambah baik kurikulum pendidikan dari peringkat taska sehingga universiti
- Kerajaan berpendapat adalah baik jika tidak ada kapal perang ditempatkan di Selat Melaka, Laut China Selatan
- Syarat pinjaman bank yang ketat akan dikaji semula untuk membantu usahawan kecil
0 comments:
Catat Ulasan