Tiada siapa terselamat siasatan 1MDB, kata peguam negara baharu

Oleh

PEGUAM negara yang baru mengangkat sumpah, Tommy Thomas berkata, "tiada siapa" akan terselamat dalam siasatan ke atas skandal 1Malaysian Development Bhd (1MDB) yang dianggap sebagai keutamaannya.

"Keutamaan pertama dan segera kerajaan adalah berhubung semua perkara yang berkaitan dengan 1MDB," katanya kepada pemberita di lobi ibu pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

"Oleh itu, saya perlu mengkaji semua kertas dalam skandal itu. Kami akan memulakan prosiding jenayah dan sivil terhadap dakwaan yang dikatakan salah."

"Semua sama mengikut undang-undang dan tiada siapa terselamat. Tidak akan ada tersembunyi," katanya sebelum melapor diri untuk bertugas pada hari pertamanya di sini.

"Serentak dengan itu, kami akan segera menghubungi rakan-rakan kami di Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan negara lain untuk melanjutkan kerjasama dan bantuan kami sepenuhnya dalam semua perkara berkaitan1MDB dengan matlamat untuk memperoleh kembali berbilion ringgit yang dicuri daripada pembayar cukai ke Malaysia."
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan