GEORGE TOWN: Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid menerima ugutan bunuh di pusat khidmatnya di Gelugor, petang semalam.
Syerleena, 38, berkata nota ugutan itu dijumpainya bersama timbunan
surat di peti surat pusat khidmatnya itu pada 3.30 petang sebelum
membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong pada 7 malam hari sama.
Beliau tidak mengetahui motif nota itu dihantar dan tidak menolak
kemungkinan ia berkait dengan fitnah terhadapnya yang tular dalam
Facebook sejak Mac tahun lepas, kononnya beliau akan menyerang institusi
Islam terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) demi DAP.
Walaupun menyangkal fitnah itu, ia mula timbul semula pada April
lepas sebelum pilihan raya umum ke-14, katanya pada sidang media hari
ini.
Beliau berkata ini adalah pertama kali beliau menerima ugutan
sedemikian dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar
mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan kes disiasat
menurut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar dan suspek yang terlibat.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan