Oleh PHAR KIM BENG
Sekiranya ekonomi Malaysia dilihat daripada segi pencapaiannya,
terutamanya sejak Merdeka, memang banyak perkara yang boleh dibanggakan.
Saiz ekonomi Malaysia telah mencecah sebanyak RM1.2 trillion – iaitu
1200 kali ganda sebilion ringgit. Tetapi, angka ini hanya lebih kurang
USD300 billion, dan ia tidak boleh dipersendakan; kerana pada masa yang
sama, hutang negara juga sudah pun mencapai USD250.6 billion.
Kaum Bumiputera – melalui bantuan biasiswa MARA juga telah berjaya
membantu anak-anak muda Melayu menjadi para teknokrat dan ahli
professional.
Malah, Felda juga merupakan salah satu peneroka tanah pertanian yang
agak berjaya walaupun masih terdapat beberapa permasalahan dalam
pengurusan.
Lebih penting lagi, kelas pertengahan Malaysia telah mempunyai jati
diri yang jauh lebih kukuh sekiranya dibandingkan dengan zaman
kemerdekaan dahulu.
Secara purata, pengagihan pendapatan di Malaysia setakat ini, tidak
hanya mengikut kaum dan bangsa semata. Ini satu lagi petanda kejayaan
yang tidak boleh dinafikan.
Tetapi, salah satu sebab mengapa Malaysia boleh memperkembangkan
ekonominya dengan begitu pesat adalah kerana proses industrilisasi yang
dijalankan pada penggal pertama pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad
pada tahun 1981-2003.
Berkemungkinan besar Tun Dr Mahathir juga menginginkan fasa
industrilisasi yang kedua. Namun, kali ini langkah-langkah seterusnya
harus dibincang dengan pakar-pakar bidang pertanian, penternakan dan
perikanan.
Jika tidak, ketidakseimbangan akan terus menular dalam ekonomi
Malaysia yang turut menjalani process urbanisasi, dan kampung serta
kawasan luar bandar, yang menjadi tulang belakang sektor pertaniaan,
akan terus dipinggirkan.
Sebenarnya, sektor pertanian jauh lebih lumayan dan tidak semestinya
bermodal tinggi, terutamanya dalam sektor bercucuk tanam ataupun
perikanan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang berada dalam lingkungan tiga
serta enam jam jarak perjalanan dari bandar-bandar utama di Asia Timur
yang pesat membangun. Bali, Hong Kong, Taipei, Macao, Beijing, Shanghai,
Tokyo atau Osaka, penerbangan ke tempat-tempat ini adalah cepat dan
selamat. Disitulah tempat-tempat yang berpotensi bagi pasaran
barang-barang pertanian seperti perikanan dan penternakan di Malaysia.
Sekiranya zon industri halal diberi perhatian yang lebih terperinci,
maka Malaysia bakal bersaing dengan Thailand – yang merupakan zon
eksport bahan-bahan halal yang terbesar di dunia.
Namun, dalam pemikiran Tun, process industrilisasi masih
diidam-idamkan kerana ia boleh membawa pembangunan yang cepat, dan boleh
juga menjana peluang pekerjaan yang besar.
Ini merupakan salah satu dilema Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani. Bagaimana Malaysia boleh memperkasakan bidang
perindustrian tanpa bercanggah dengan visi Tun Dr Mahathir?
Sudah tentunya segala perancangan terletak pada penyelidikan
pemasaran (market research) yang efektif. Misalnya, Air Asia Dan MAS
berpotensi untuk menjadi tulang belakang Malaysia sebagai pusat logistik
perindustrian.
Setakat ini, sektor pertanian menyumbangkan 8.5 peratus kepada KDNK
Malaysia. Ini merupakan hakisan perindustrian yang paling serius sejak
61 tahun dulu. Daripada jumlah 8.5 peratus ini, sekurang-kurangnya 50
peratus adalah hasil daripada kutipan perindustrian yang berasal
daripada industri kelapa sawit sahaja.
Jumlah peratusan ini amatlah penting sekali kerana sekuriti pemakanan
sudah dikompromi sejak dahulu. Untuk menjadi sebuah negara pengeksport
yang terbesar di Asia, Malaysia harus menyelesaikan permasalahan
sekuriti pemakanan dulu, sebelum ia menjadi sebuah negara yang mempunyai
daulat dalam sistem pemakanan (food sovereignty).
Kedaulatan sistem pemakanan bermaksud rakyat Malaysia yang
didahulukan. Selepas soal-soal kenaikan kos barang-barang pemakanan
Malaysia sudah ditangani, maka barulah Malaysia boleh menjadi sebuah
negara pengeksport pemakanan yang disegani.
Pada masa ini, China dan Thailand boleh membekalkan makanan kepada
rakyat mereka sepanjang lapan sehingga enam bulan, itupun sekiranya
mereka menghadapi krisis pemakanan sedunia, tetapi dalam kes Malaysia,
Putrajaya cuma mampu bertahan selama dua hari sahaja.
Misalnya, Amerika Syarikat merupakan antara salah satu negara yang
bakal mempunyai sekuriti permakanan yang mantap, iaitu daripada segi
harga yang berpatutan dan stok simpanan yang sedia ada.
Walaupun Singapura tidak mempunyai tapak pertanian, tetapi negara itu
mampu untuk mengimport bahan-bahan makanan ke dalam Singapura
berdasarkan mata wang Singapura yang agak tinggi.
Sememangnya, kutipan yang lebih lumayan biasanya datang daripada
pengeksportan industri pertanian. Matawang US dollar, dollar Singapura,
Yuan Jepun dan dollar Australia jauh lebih bernilai daripada Ringgit
Malaysia – tiga atau empat kali ganda.
Petani-petani Malaysia lebih tertarik dengan kebolehan dan kapasiti
mereka untuk mengeksport ke negara-negara lain di merata dunia. Insentif
ini harus diberikan untuk menjual kepada pasaran Malaysia dahulu. Di
sini juga terdapat satu lagi dilema.
Tanpa polisi matawang ringgit Malaysia yang kukuh – dikelolakan oleh
Bank Negara dan Kementerian Kewangan, nilai matawang Malaysia tidak akan
naik. Bahkan ia mungkin menyusut. Sekiranya keadaan ini berterusan maka
penjual-penjual dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan
Malaysia akan terus memberi keutamaan untuk menjual kepada pasaran luar.
Keadaan ini amat berbeza dengan Singapura pada pertengahan tahun
1980s. Pada 1985, mantan Perdana Menteri Singapura, iaitu Lee Kuan Yew
telah mengesa kerajan Singapura untuk menaikkan nilai matawang
Singapura.
Polisi ini membenarkan Singapura untuk membeli barang-barang
pemakanan dan perikanan dengan harga pasaran yang ditetapkan oleh dunia
sejagat, tetapi dalam kes Malaysia, matawang ringgit yang rendah akan
menjadi beban.
Oleh itu, jika dirumuskan, dilema Salayuddin Ayub cuma dua.
Yang pertama, bagaimana KDNK Malaysia harus mencapai kuota 30 peratus
dalam soal perindustrian. Memandangkan secara purata ramai belia di
Malaysia tidak berminat untuk berkecimpung dalam sektor pertanianan,
penternakan dan perikanan, dan mentaliti mereka seharusnya ditukar.
Yang kedua, tanpa nilai matawang ringgit yang tinggi, insentif untuk
memperkasakan industri pertanian mungkin berkurangan. Maka Malaysia
harus mempunyai teknologi pertaniaan yang tinggi supaya kos pengeluaran
pertanian boleh dikurangkan.
Sekiranya Salahuddin Ayub boleh menangani kedua-dua masalah ini,
Kementeriannya akan lebih berjaya, dan sekali gus, menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara pertanian yang strategik dalam pasaran rantau dan
juga dunia.
PHAR KIM BENG pernah menjadi ketua pensyarah
sejarah dan perhubungan antarabangsa di Harvard University dan Cambridge
University. Beliau pernah menjadi sarjana tamu di Waseda University,
Tokyo.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan