Pas tidak bertanding PRK Sungai Kandis berdasarkan kajian demografi pengundi

KUALA LUMPUR - Pas tidak meletakkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis atau membantu kempen pembangkang kerana telah mengkaji terlebih dahulu demografi pengundi di kawasan itu. 

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, justeru tidak masuk akal jika keputusan dan tindakan yang diputuskan oleh Pas dikaitkan dengan pengaruh pihak lain termasuk UMNO dan Barisan Nasional.
"Keputusan dibuat berdasarkan kesesuaian demografi pengundi. Tidak timbul soal kerjasama dengan UMNO. Kami juga sudah keluar kenyataan yang jentera Pas tidak turun bantu (UMNO) dalam PRK Sungai Kandis.

"Apa-apa gerakan parti di Sungai Kandis berjalan seperti biasa dalam konteks parti kami dan jentera Pas hanya buat kerja untuk keutamaan parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sabtu lalu yang menyifatkan Pas dan UMNO adalah ‘adik-beradik’ selepas Pas tidak meletakkan calon untuk bertanding pada PRK DUN Sungai Kandis, 4 Ogos depan.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sebarang keputusan parti dalam urusan PRK termasuk di Sungai Kandis dibuat setelah menerima laporan daripada Pas kawasan berkenaan. - Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan