KUALA LUMPUR -
Tindakan kerajaan terdahulu menyenarai hitam peminjam Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat pembayaran balik
dianggap tidak adil, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
"Kedua, kalau lihat seseorang yang ada hutang dengan bank, nama mereka tidak akan terus masuk senarai hitam Jabatan Imigresen apabila mereka henti buat bayaran atau pembayaran tak konsisten.
Sebaliknya, nama mereka hanya akan disenarai hitam apabila mereka jadi seorang bankrap," katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Dr. Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang ingin tahu mengapa keizinan peminjam PTPTN untuk bebas ke luar negara itu menjadi kriteria penting kepada kerajaan Pakatan Harapan. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan