Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata janji dalam manifesto perlu ditunaikan walau sukar dan mengambil masa yang lama, lapor portal Berita Harian.
“[Manifesto] itu janji, tetapi jika sudah ikhtiar sedaya upaya, ada masalah, kita kena minta maaf dan minta tangguh serta minta tempoh,” katanya.
Namun beliau juga berkata “tidak semua janji dapat ditunaikan” kerana Pakatan Harapan (PH) tidak tahu masalah sebenar ekonomi sewaktu merancang.
PH menjadi sasaran kritik orang ramai apabila tidak dapat menunaikan semua 10 janji dalam tempoh 100 hari pada 17 Ogos lalu.
Dalam wawancara dengan kumpulan akhbar itu, Anwar juga berkata kerajaan perlu memaklumkan kepada rakyat setiap janji yang sudah terlaksana.
“Soal netizen kritik di media, kita kena terima. Di media diberikan ruang dan kebebasan dan jika berasa pandangan itu meluas, jawablah.
“Jangan risau sangat orang kritik, minta maaflah dan minta tempoh. Saya tidak fikir rakyat akan begitu keras,” katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan