PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail
Bakar dilantik sebagai ketua setiausaha negara yang baru, berkuat kuasa
esok.
Beliau akan menggantikan Tan Sri Ali Hamsa yang kontraknya tamat esok.
Ismail sebelum ini memegang jawatan ketua setiausaha Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, sebelum dilantik sebagai ketua
setiausaha perbendaharaan pada 12 Jun lalu.
Pada 17 Ogos lalu, sumber daripada Jabatan Perkhidmatan Awam
memberitahu , Ali dijangka bersara 29 Ogos ini, selepas memegang
jawatan itu selama 6 tahun.
Katanya, kontrak Ali tidak akan diperbaharui, walaupun ada beberapa pihak berharap kontraknya akan dilanjutkan.
Ali, 63, dilantik sebagai ketua setiausaha negara pada 2012. Beliau
antara penjawat awam tertinggi yang dikekalkan kerajaan baru selepas
pilihan raya umum Mei lalu.
Kumpulan bekas penjawat awam, G25, baru-baru ini menggesa Ali
berundur susulan kritikan beberapa pihak, termasuk Tun Dr Mahathir
Mohamad yang berkata, beliau mewarisi kerajaan dengan pegawai
tertingginya rasuah.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan