Tangani hutang negara dengan ‘Century Bond’

 Oleh PHAR KIM BENG 

Hutang negara memang dahsyat. Pada 67% KDNK Malaysia, hutang sebanyak RM1.09 trilion, yang masih meningkat kerana bunga yang masih berjalan setiap saat dan minit, ia bakal mencecah RM1.2 trilion.

Nilai ini adalah 1200 kali ganda dari satu bilion. Malah sebilion ialah seribu kali ganda sejuta. Se-trilion pula merupakan satu angka yang berakhiri dengan dua belas kosong.

Setakat ini, Tabung Harapan mungkin sudah sampai RM180 juta, iaitu cuma 1/10,000 peratus angka bulat hutang negara. Namun angka ini ternyata tidak akan mampu membayar dana ataupun bunga hutang negara se-trilion. Di sini mulanya dilemma ekonomi Malaysia, yang bakal meranapkan kerangka ekonomi rakyat jelata terutamanya kaum Bumiputera.

Sekiranya keadaan ini berterusan, budget kerajaan pusat akan terus terhakis. Malah kesannya akan jadi lebih ketara pada kerajaan negeri. Lebih lebih lagi, Menteri Kewangan telah mendapati bahawa hasil cukai tanah sebanyak RM19 bilion telah lesap; malah kutipan cukai GST yang harus dibayar balik juga hilang sebanyak RM16 bilion, tidak termasuk pula RM32 bilion yang turut hilang dari hasil perubahan atau penukaran hak milik tanah kerajaan.

Jika kesemua ini dijumlahkan, hutang negara akan kian meningkat. Malah, bukan secara mendadak tetapi seperti api yang membakar secara meluap-meluap yang tidak boleh lagi terkawal.

Namun, sebagai sebuah negara yang masih membangun, dan mengamalkan demokrasi, adalah mustahil sama sekali bagi pihak keraajaan ataupun pihak swasta sahaja untuk menangani masalah ini. Hutang negara harus diselesaikan melalui cara yang telus dan kreatif.

Ada cara-cara lain yang boleh dicuba, selain daripada meminta bantuan pinjaman pihak kerajaan Jepun sebagaimana yang dicadangkan. Japan Bank of International Cooperation (JBIC) telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir pada kunjungan 6-9 Ogos lalu.

Terdapat tanda tanda sihat dimana pihak Jepun sudi membantu Tun Dr Mahathir, supaya Malaysia tidak terjatuh ke tangan kuasa kuasa besar yang lain. Ini kerana geografi Malaysia yang strategik, yang berdepan dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kedua duanya sedang menampung sebanyak 80 % daripada perniagaan sedunia yang mengunakan perairan ini.

Namun bantuan yang boleh diberikan oleh JBIC mungkin tidak lah sebanyak yang diinginkan oleh Tun Dr Mahathir. Ini bukan salah Tun Dr Mahathir, sebab Jepun pun berasa serba salah. Malaysia memang kawan karib Jepun sejak lama lagi. Namun tangungjawab penghutang, memang terletak pada penghutang, bukan lah peminjam semata mata.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah kata perpatah Melayu.
Yang memikulnya bukan sahaja Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan yang berniat suci untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi seluruh rakyat Malaysia, juga rakyat Malaysia yang akan datang.
Hutang seberat ini memang tidak boleh dilarikan begitu sahaja.

Implikasinya besar sekali sekiranya kerajaan pusat di Putrajaya tidak ingin membayar balik sama sekali. Ini adalah kerana terdapat syarikat penyelidikan kredit seperti Moody’s, Standards and Poors dan Fitch, yang akan terus merendahkah taraf kredibiliti pinjaman Malaysia. Sekiranya ini berlaku, segala pinjaman Malaysia pada masa hadapan di pasaran antarabangsa akan menjadi lebih mahal dari segi bunga yang harus dibayar. Maka kerajaan pusat serta lain lain entiti Malaysia yang akan meminjam dari luar, termasuk juga bank bank Malaysia yang ingin meminjam dari pasaran antarabangsa yang lebih liquid, iaitu lebih cair, akan terperangkap dengan bunga pinjaman yang tinggi.

Namun, sekiranya skala pinjaman di masa depan tidak cukup besar, untuk memperkasakan ekonomi Malaysia, maka Malaysia harus membuka langkah untuk memperbaiki reputasi nya sebagai sebuah negara yang bakal menjual bon-bon Malaysia yang bertauliah, tidak kira, jangka masa mereka.

Austria, Belgium dan Ireland, misalya telah mengeluarkan bon seabad (Century Bond) yang berbunga rendah tapi berpatutan, dan selepas seratus tahun kemudian, kesemua jumlah itu harus dibayarkan. Malah kerajaan Argentina, yang pernah muflis sebanyak 16 kali dalam seratus tahun sejak 1816, juga telah mengeluarkan Century Bond pada bunga 9% setiap tahun.

Malah, pada peringkat mikro ekonomi pula, universiti universiti terulung seperti University Cambridge dan University Oxford juga telah mengeluarkan Century Bond mereka pada jumlah 750 juta Euro dan 350 juta Euro masing masing. Universiti Cardiff, Liverpool dan De Montford, melalui Russel Group di London, juga masing masing mengeluarkan Century Bond mereka untuk mengumpulkan dana.

Pokoknya, sekiranya sesebuah negara atau institusi itu, telus dan demokratik, memang boleh meminjam dari pasaran bon dengan bunga yang rendah. Yang pentingnya, kerajaan pusat dan negeri harus ikhtiar untuk memantau penjalanan ekonominya serta juga institusinya. Disinilah terletaknya DNA Pakatan Harapan.

Jika ia cukup dedikasi untuk menyelamatkan Malaysia, dengan cara yang hemat dan berjimat, bantuan berbunga rendah masih boleh dihulurkan dari pasaran bon, tidak kira Century Bond, ataupun, crowd sourcing seperti Tabung Harapan yang memang tidak berbunga.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan