Jangan guna OSA sorok surat kepada CIA, kata Patriot

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatkan surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat tidak wajar diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Presiden Patriot berkata surat berkenaan membabitkan kedaulatan negara dan ia mesti segera disiasat walau dilindung di bawah akta tersebut.

“Kandungan surat berkenaan tidak berubah dengan dakwaan melanggar OSA. Jangan abaikan kandungannya dengan dakwaan melanggar OSA.

“Ia masih tidak pasti sama ada dokumen berkenaan tertakluk di bawah OSA. Kandungan surat itu sudah terbongkar, siasatan mesti dijalankan segera,” kata Datuk Mohamed Arshad Raji kepada Malay Mail.

Bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) sebelum ini membuat laporan polis berhubung pembocoran surat itu yang dikelaskan di bawah OSA.

Datuk Hasanah Abdul Hamid melalui surat itu memohon sokongan CIA jika kerajaan Datuk Seri Najib Razak menang tipis pada pilihan raya umum Mei lepas.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan