RSN Rayer berkata perkataan tersebut juga digunakan Tan Sri P. Ramlee dalam satu filem arahan beliau, lapor Harian Metro.
Menganggap ia “lazim” digunakan dalam bahasa Melayu, Rayer juga mendakwa Datuk Seri Najib Razak [BN-Pekan] pernah menggunakan perkataan tersebut.
“Kalau kita tengok filem P Ramlee, Pendekar Bujang Lapok, pelakon dalam cerita itu kata kepala bapak kau yang bermaksud nonsense [mengarut].
Kelmarin kekecohan tercetus ekoran penggunaan perkataan itu oleh Rayer. Ekoran itu timbalan speaker Nga Kor Ming memberi amaran kerana ia “kurang sopan”.
Nga juga mengarahkan pemimpin DAP itu menarik balik kerana dipercayai ditujukan pada BN.
0 comments:
Catat Ulasan