Solidariti Untuk Mejar Zaidi

Oleh  Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
 
(Jangan biarkan air matanya menitis kerana jasanya kepada negara yang tidak dikenang)

1. Menerima kembali Mejar Zaidi sebagai pegawai tentera rasanya agak rumit. Namun memastikan beliau mendapat ganjaran dan pencen setimpal bukanlah sesuatu yang tidak boleh diusahakan.

2. Sudah ada sebelum ini beberapa duluan, bekas kakitangan kerajaan yang ditamatkan perkhidmatan kerana pelbagai sebab dibayar ganjaran dan pencen setimpal.

3. Antaranya ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim lain yang senasib dengannya.

4. Ya, kita boleh persoalkan jasanya kepada PH, tetapi jangan lupa jasanya kepada negara sebagai perajurit yang bertarung nyawa demi pertiwi.

5. Berikanlah haknya, hak isterinya dan hak anak-anaknya yang turut berkorban rasa semasa mereka berjauhan dengannya demi tugasnya untuk negara.

6. Saya harap, jika Bang Mat Sabu menitiskan air mata semasa berbuka puasa bersama angkatan tentera pada bulan Ramadan yang lalu, jangan biarkan air mata Mejar Zaidi dan anak-anaknya pula menitis mengenangkan nasib mereka yang tidak terbela.

7. Saya bersama Mejar Zaidi.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan