Jangan kerana nila setitik

Oleh Arif Atan

Betulkah pusat tahfiz yang pemiliknya seorang bergelar Ustaz ini terletak di Kepong, Kuala Lumpur?
Sebab laporan hanya menyebut "...di pinggir ibu kota...".

Apapun, TAHNIAH kepada sekumpulan tenaga pengajar yang berani tampil ke depan mendedahkan kejahatan pemilik pusat tahfiz itu.

Tindakan 9 remaja lelaki seawal 11 tahun hingga 16 tahun mengadu diri mereka dicabul dan diliwat juga harus dipuji. Tentunya bukan mudah untuk mereka mengambil tindakan sebegitu.

Semoga lebih ramai tenaga pengajar dan pelajar pusat tahfiz tampil ke depan mendedahkan kejahatan mana-mana pihak yang bertopengkan agama ini.

Kalau dalam drama 'sup bunjut', Nur dipaparkan bagaimana pengendali pusat tahfiz itu begitu obses untuk melanggan seorang pelacur cantik.

Berlaku juga ketirisan dan penyelewengan wang sehingga pelajar-pelajar di pusat tahfiz itu kelaparan tidak dapat makan.

Kita tidak mahu kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Kerana kejahatan beberapa orang bergelar Ustaz merosakkan keseluruhan kemurnian institusi pendidikan Islam.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan