Kabinet dalam mesyuaratnya semalam, membincangkan kes seorang lelaki
yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan
perubatan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Bagaimanapun, tiada keputusan yang dibuat berhubung perkara itu, katanya.
“Tunggulah pengumuman selanjutnya (jika ada),” kata beliau ketika
ditanya tentang perkara itu selepas mesyuarat pasca kabinet
kementeriannya di Kementerian Kesihatan semalam, lapor Bernama.
Muhammad Lukman Mohamad, 29, bapa anak seorang, ditahan pada Disember
2015 kerana memiliki 3.1 liter minyak kanabis, 279 gram kanabis
dimampatkan dan1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).
Dia diberkas polis bersama-sama isterinya, yang sedang hamil lima
bulan dan kemudian dibebaskan, dalam serbuan di rumah mereka. Dia
dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Ogos lepas.
Pada 9 Sept, peguamnya dilaporkan berkata Muhammad Lukman sekadar
mahu membantu pesakit yang penyakitnya hanya boleh dirawat menggunakan
THC, sejenis bahan aktif dalam kanabis, dan dia tiada niat sama sekali
untuk mengedar atau ‘menjual’ kanabis itu.
Mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang
didapati memiliki 200 gram atau lebih kanabis, akan didakwa atas
kesalahan mengedar dadah, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai
mati.
Pada Selasa, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan
bahawa kerajaan patut mengkaji semula kes seorang lelaki yang dijatuhi
hukuman mati kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan perubatan.
Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan
membuat rayuan kepada Peguam Negara untuk mendapatkan keampunan bagi
Muhammad Lukman.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan