Tindakan dua Ahli Parlimen daripada Umno yang mengumumkan keluar
daripada parti itu amat mendukacitakan, kata Timbalan Presiden Datuk
Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata kedua-dua mereka Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri
Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman
merupakan tokoh yang disegani, berkebolehan dan terbukti keupayaan dalam
memimpin serta berkhidmat.
“Jasa dan sumbang mereka kepada UMNO dan negara adalah sesuatu yang tidak dapat kita nafikan dan kita amat berterima kasih.
“Namun begitu, kini mereka memilih haluan berbeza dan memutuskan
untuk meninggalkan UMNO. Saya yakin ini adalah satu keputusan yang tidak
mudah kepada semua. Kepimpinan Umno khususnya Majlis Kerja Tertinggi
amat prihati dengan perkembangan ini,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mustapa yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelatan
mengumumkan keluar parti pada Selasa manakala Anifah yang juga Ketua
Umno Bahagian Kimanis berbuat demikian, semalam.
Mohamad turut mengakui sejak empat bulan lepas, proses membaikpulih
dan menetapkan haluan yang jelas untuk parti berjalan dengan perlahan
dan tidak radikal seperti yang diharapkan semua pihak.
“Perkara ini akan diberikan perhatian dan penekanan yang serius
selepas ini demi memastikan UMNO tidak kelihatan sebagai parti tanpa
haluan atau tersasar dari landasan perjuangannya. Saya percaya wujud
keperluan mendesak untuk agenda pemulihan.
“Saya berharap agar semua anggota dan kepimpinan UMNO terus memberi sokongan penuh kepada parti,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan