Kemunculan Takiyuddin di Balakong bukti kerjasama PAS-MCA

SHAH ALAM: Tindakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berucap di pentas MCA menyokong calon pilihan raya kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong semalam menunjukkan parti Islam itu bekerjasama dengan MCA secara terbuka.

Pengarah Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Balakong, Ean Yong Hian Wah mendakwa, apa yang diperkatakan MCA sebelum ini untuk menolak cita-cita PAS bagi menjadikan Malaysia sebuah negara teokrasi merupakan satu pembohongan yang besar.

“Insiden semalam membuktikan MCA menipu rakyat, berpolitik secara tidak berprinsip dan tidak konsisten selama ini.
“MCA adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur, kerana mereka bukan sahaja terus bergabung dengan Umno yang rasuah, tetapi juga ingin bekerjasama dengan PAS yang mahu melaksanakan hudud dan menubuh negara teokrasi di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di DUN Selangor hari ini.

Semalam, Takiyuddin dilaporkan muncul di pentas MCA di kawasan kejiranan Melayu di Taman Tun Perak untuk menyokong Tan.

Takiyuddin berkata PAS menyokong MCA untuk PRK Balakong dalam semangat perpaduan pembangkang, yang disokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Ean yang juga Adun Seri Kembangan berkata, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong digesa meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas penipuan mereka selama ini.

“Rakyat telah melihat wajah sebenar pemimpin MCA. Saya menyeru kepada pengundi Balakong supaya menolak pemimpin MCA yang tidak berintegriti dan tidak berprinsip.”
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan