Dalam kajian Institut Darul Ehsan (Ide) mendapati peratusan keluar
mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun)
Balakong dan Seri Setia merosot disebabkan lima faktor utama yang
mempengaruhi kecenderungan terhadap 115,714 pemilih berdaftar untuk
keluar mengundi pada 8 Ogos lalu.
Ini menunjukkan keputusan peratusan keluar mengundi bagi kedua-duanya di bawah paras 50%.
\
PRK Seri Setia mencatatkan peratusan turun mengundi 44% manakala bagi
DUN Balakong adalah 43%. Tiga PRK yang telah berlangsung pasca PRU 14
termasuk PRK Sg Kandis memperlihatkan peratusan turun mengundi adalah di
bawah 50%.
Ide dalam analisisnya menyatakan lima faktor tersebut antarnya kesan
persempadanan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
di Dun Seri Setia.
“Pengundi melalui 3 pilihan raya sejak 14 tahun lalu tanpa
persempadanan baru.
Pengundi turun mengundi pada 9 Mei 2018 yang lalu,
mengundi bukan kerana dia tahu parlimen atau DUN berkaitan, tetapi turun
mengundi atas semangat pilihan raya dan proses demokrasi,” ujarnya.
Oleh itu Ide mencadangkan agar inovasi baru wajar diterokai seperti
negara-negara lain umpama Indonesia, UK dan US yang mempunyai kaedah
mengundang pengundi datang dengan surat, kad atau pesanan telefon untuk
turun mengundi.
Keduanya pengundi ‘dihantui’ persepsi negatif terhadap proses pilihan raya Mei 2018.
Komen masyarakat awam khususnya yang berumur mempunyai impak
psikologi apabila masih ‘trauma’ dengan situasi yang berlaku dalam PRU
14 yang lalu. Suasana keluar mengundi PRU 14 di kebanyakan tempat cukup
luar biasa hinggakan pengundi terpaksa beratur panjang, suasana panas,
dan saluran yang mungkin tidak sesuai khususnya di waktu puncak. Respon
yang diterima IDE, masyarakat merasa letih dan takut untuk beratur
panjang. Pengalaman negatif yang mereka lalui semasa PRU 14 yang lalu
masih menghantui pengundi.
Ketiga berkaitan persepsi saikologi pengundi yang merasakan “segalanya ok” (complacent feel good factor)
Pengundi yang turun mengundi kebanyakannya pengundi berumur 40 tahun
ke 60 tahun terdiri di kalangan ahli parti dan penyokong tegar parti.
Home / Berita
/ Persepsi saikologi pengundi ‘segalanya ok’, faktor keluar mengundi merosot, kata Ide
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan