Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan dua kilang pembancuh simen di Jalan 4 Chan Sow Lin memberhentikan operasinya pada Isnin lalu disambut baik orang awam di kawasan sekitar.
Tindakan DBKL itu susulan kerap menerima aduan berhubung pencemaran yang berlaku di kawasan itu berpunca daripada operasi kilang-kilang berkenaan yang mengundang resah bagi orang awam.
Hasil daripada tinjauan wartawan Malaysia Dateline sehari selepas arahan menghentikan operasi dikeluarkan DBKL, dipercayai terdapat 10 loji pembancuh simen di kawasan sekitar.
Ini menyebabkan infratruktur seperti jalan raya mengalami kerosakan kerana laluan keluar masuk lori ke loji berkenaan setiap hari.
Kesan jalan rosak, berdebu dan pasir simen yang jatuh di beberapa kawasan di sekitar jelas kelihatan.

Deretan lori simen yang sedang menghala ke loji pembancuh simen di Jalan Chan Sow Lin.

Amira Amran dan Muhammad Akhmal Hassan
Selain itu, Peniaga, Muhammad Akmal Hassan, 24, berkata, akibat debu yang berterbangan telah mengganggu perniagaannya.
“Saya sebagai peniaga makanan, terpaksa menutup makanan jikalau tidak debu akan merosakkan makanan bahkan mungkin juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada orang ramai yang makan di sekitar kawasan tersebut,” ujarnya.
Pada Isnin Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, beliau telah mengenal pasti dua kilang yang gagal mematuhi garis panduan ditetapkan.
Katanya, DBKL telah mengarahkan pengusaha loji pembancuh simen di Jalan 4, Chan Sow Lin memberhentikan operasi bermula 3 September dan perlu membersihkan tapak mengikut garis panduan DBKL serta menunjukkan bukti sebelum dipertimbangkan beroperasi semula.
Manakala sebuah lagi kilang di Jalan 3/89B di dapati tidak mempunyai lesen operasi sah. Jadi saya telah mengarahkan pengusaha terlibat mengemukakan permohonan rasmi kepada DBKL dengan mematuhi garis panduan ditetapkan untuk pertimbangan.
Tindakan menutup operasi kilang simen itu susulan indakan itu susulan lawatan mengejut beliau ke kilang-kilang simen yang beroperasi sekitar kawasan itu pada 1 September lalu.

Jalan raya yang berlopak kerana menjadi laluan utama kepada kenderaan berat.

Keadaan
jalan raya yang berdebu dan berpasir serta struktur jalan raya tidak
lagi rata menyukar kenderaan kecil seperti kereta dan motorsikal melalui
jalan itu.

0 comments:
Catat Ulasan