Oleh
Seperti dijangka dan kelaziman, rata-rata komen di bawah
artikel berkenaan memberi tumpuan kepada dua pemimpin iaitu si penulis
warkah, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan orang yang ditujukan
warkah itu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada yang memuji Khaled dan
menghentam Muhyiddin. Tidak kurang juga yang membela Muhyiddin dan
menyindir Khaled.
Menarik untuk diperkatakan tentang dua pemimpin ini. Kedua-duanya
bekas Menteri Besar Johor. Bezanya, Khaled masih bersama UMNO dan
Barisan Nasional (BN), manakala Muhyiddin bersama-sama bekas Perdana
Menteri keempat yang kembali menjadi Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr.
Mahathir Mohamad buat masa ini, menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), yang kini membentuk kerajaan di bawah Pakatan Harapan.
‘Warkah Khaled buat Muhyiddin’ sebenarnya cukup menarik dibaca kerana pada pandangan penulis, ini bukan surat biasa-biasa daripada bekas rakan seperjuangan atau separti, bukan juga surat daripada ahli biasa tetapi yang kini memegang jawatan tinggi – seorang daripada Naib Presiden UMNO.
Di saat-saat pimpinan parti itu dilihat agak lambat memberi respons kepada sindiran, kritikan mahupun herdikan daripada Kerajaan Baharu, malah jika ada pun nadanya agak lemah dan kurang menyengat, warkah Khaled seolah-olah menghilangkan dahaga ahli-ahli UMNO yang sudah lama tidak mendengar kelantangan suara pemimpin tertinggi parti itu.
Namun warkah Khaled bukan warkah biasa. Warkah Khaled bukan hanya untuk membalas kenyataan Muhyiddin yang dibuatnya dalam wawancara dengan akhbar Sinar Harian, sebaliknya mengandungi ‘amaran’ dan ‘bayangan’ tentang kemungkinan hala tuju baharu parti politik yang menerajui kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang.
Warkah itu bukan hanya Khaled dan Muhyiddin yang menjadi ‘pelakonnya’ sebaliknya telah membuka gelanggang yang mengheret parti sekutu Bersatu di dalam Pakatan Harapan iaitu PKR ke tengah.
Untuk Khaled melontarkan idea gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’ melibatkan UMNO/BN bersama-sama PKR tidak mungkin timbul sekelip mata ketika beliau menulis warkah itu, sebaliknya tidak mustahil pernah dibincangkan dalam kalangan pemimpin UMNO/BN bahkan PKR sendiri.
Sebab itu penulis melihat warkah Khaled bukan warkah biasa. Warkah ini cukup istimewa dikupas dan diteliti isinya kerana mengandungi 1000 cerita yang mungkin sahaja sedang berlaku di sebalik tabir politik negara.
Keghairahan kem bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ‘Langkah PD’ minggu lalu untuk memastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri kelapan benar-benar terjamin, sehingga mendapat reaksi kurang senang para pemimpin lain dalam parti itu bahkan sekutu PH, DAP, sedikit-sebanyak membayangkan wujud ketidakharmonian dalam kerajaan sekarang.
Lebih mengejutkan, di kala rakan setahaluf UMNO iaitu Pas enggan memberi kemenangan mudah kepada Anwar di Port Dickson, banyak dalam kalangan pemimpin UMNO awal-awal lagi mengangkat bendera putih. Alasan seperti ‘tiada calon dapat menandingi aura Anwar’ dan ‘bagilah Anwar menang’ menimbulkan tandatanya.
Dan setelah Khaled sendiri melontarkan kemungkinan penubuhan gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’ di dalam warkahnya, sungguhpun mungkin sekadar imaginasi beliau, menimbulkan teka-teki ‘mungkin gamaknya ada usaha ke arah ini?’
Dari sudut lain, idea ‘Pakatan Malaysia’ mungkin juga sekadar strategi Khaled dengan sengaja ‘menjolok sarang tebuan’ untuk menyemarakkan kesangsian dalam Pakatan Harapan, setidak-tidaknya di mata rakyat, yang sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tiga bulan lalu, sentiasa dahagakan apa jua berita tentang perkembangan politik tanah air.
Sudah pasti ramai yang sedang menganalisa secara teliti lontaran buah fikiran Khaled di dalam warkah itu. Bukan sahaja tentang ‘Pakatan Malaysia’ bahkan pengakuan berani beliau berhubung isu UMNO yang sebelum ini amat bersifat ‘presidential-centric’.
‘Warkah Khaled buat Muhyiddin’ tidak mustahil akan menjadi rujukan, jika tidak pun ‘kitab suci’ yang bakal mencorakkan momentum langkah UMNO/BN selepas ini.
Memang bijak Khaled. Tak semena-mena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 September ini, terasa ada daya penariknya untuk diikuti
‘Warkah Khaled buat Muhyiddin’ sebenarnya cukup menarik dibaca kerana pada pandangan penulis, ini bukan surat biasa-biasa daripada bekas rakan seperjuangan atau separti, bukan juga surat daripada ahli biasa tetapi yang kini memegang jawatan tinggi – seorang daripada Naib Presiden UMNO.
Di saat-saat pimpinan parti itu dilihat agak lambat memberi respons kepada sindiran, kritikan mahupun herdikan daripada Kerajaan Baharu, malah jika ada pun nadanya agak lemah dan kurang menyengat, warkah Khaled seolah-olah menghilangkan dahaga ahli-ahli UMNO yang sudah lama tidak mendengar kelantangan suara pemimpin tertinggi parti itu.
Namun warkah Khaled bukan warkah biasa. Warkah Khaled bukan hanya untuk membalas kenyataan Muhyiddin yang dibuatnya dalam wawancara dengan akhbar Sinar Harian, sebaliknya mengandungi ‘amaran’ dan ‘bayangan’ tentang kemungkinan hala tuju baharu parti politik yang menerajui kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang.
Warkah itu bukan hanya Khaled dan Muhyiddin yang menjadi ‘pelakonnya’ sebaliknya telah membuka gelanggang yang mengheret parti sekutu Bersatu di dalam Pakatan Harapan iaitu PKR ke tengah.
Untuk Khaled melontarkan idea gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’ melibatkan UMNO/BN bersama-sama PKR tidak mungkin timbul sekelip mata ketika beliau menulis warkah itu, sebaliknya tidak mustahil pernah dibincangkan dalam kalangan pemimpin UMNO/BN bahkan PKR sendiri.
Sebab itu penulis melihat warkah Khaled bukan warkah biasa. Warkah ini cukup istimewa dikupas dan diteliti isinya kerana mengandungi 1000 cerita yang mungkin sahaja sedang berlaku di sebalik tabir politik negara.
Keghairahan kem bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ‘Langkah PD’ minggu lalu untuk memastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri kelapan benar-benar terjamin, sehingga mendapat reaksi kurang senang para pemimpin lain dalam parti itu bahkan sekutu PH, DAP, sedikit-sebanyak membayangkan wujud ketidakharmonian dalam kerajaan sekarang.
Lebih mengejutkan, di kala rakan setahaluf UMNO iaitu Pas enggan memberi kemenangan mudah kepada Anwar di Port Dickson, banyak dalam kalangan pemimpin UMNO awal-awal lagi mengangkat bendera putih. Alasan seperti ‘tiada calon dapat menandingi aura Anwar’ dan ‘bagilah Anwar menang’ menimbulkan tandatanya.
Dan setelah Khaled sendiri melontarkan kemungkinan penubuhan gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’ di dalam warkahnya, sungguhpun mungkin sekadar imaginasi beliau, menimbulkan teka-teki ‘mungkin gamaknya ada usaha ke arah ini?’
PM in waiting
Lagipun jika disorot hubungan di antara ‘PM in waiting’ dengan Presiden UMNO kini, bukan lagi rahsia akan jalinan antara kedua-duanya sebelum ini.Dari sudut lain, idea ‘Pakatan Malaysia’ mungkin juga sekadar strategi Khaled dengan sengaja ‘menjolok sarang tebuan’ untuk menyemarakkan kesangsian dalam Pakatan Harapan, setidak-tidaknya di mata rakyat, yang sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tiga bulan lalu, sentiasa dahagakan apa jua berita tentang perkembangan politik tanah air.
Sudah pasti ramai yang sedang menganalisa secara teliti lontaran buah fikiran Khaled di dalam warkah itu. Bukan sahaja tentang ‘Pakatan Malaysia’ bahkan pengakuan berani beliau berhubung isu UMNO yang sebelum ini amat bersifat ‘presidential-centric’.
‘Warkah Khaled buat Muhyiddin’ tidak mustahil akan menjadi rujukan, jika tidak pun ‘kitab suci’ yang bakal mencorakkan momentum langkah UMNO/BN selepas ini.
Memang bijak Khaled. Tak semena-mena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 September ini, terasa ada daya penariknya untuk diikuti
0 comments:
Catat Ulasan