Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri penurunannya selama tiga hari berturut-turut dengan dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dalam keadaan kenaikan harga minyak dunia, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1380/1420 berbanding 4.1390/1430 yang dicatatkan pada 6 petang semalam.

Seorang peniaga berkata sentimen dalam pasaran adalah positif selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2.25%, kenaikan ketiganya bagi tahun ini.

“Penggubal dasar merangka pelan untuk mengukuhkan dasar monetari dan menjangkakan ekonomi akan menikmati pertumbuhan sekurang-kurangnya 3 tahun lagi. Ini mencetuskan minat baru dalam pasaran pertukaran asing,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0308/0340 daripada 3.0320/0354 pada Rabu dan mengukuhkan berbanding euro kepada 4.8638/8689 daripada 4.8695/8747.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6668/6707 daripada 3.6648/6699 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4518/4596 daripada 5.4486/4543.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan