PH menang di PRK Dun Balakong, Seri Setia

Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 Balakong dan N32 Seri Setia menyaksikan kemenangan memihak kepada calon PH Wong Siew Ki dan Halimey Abu Bakar.

.Di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Aziz Mohd Zain mengumumkan keputusan Dun Seri Setia dimenangi calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar pada jam 9.00 malam tadi.

Halimey memperoleh 13,725 undi mengalahkan calon Pas Dr Halimah Ali yang memperoleh 9,698 undi. Majoriti dimenangani Halimey 427 undi.

Undi ditolak 164 dan peratusan pengundian 44.1 peratus.

Halimey hadir ditemani ahli keluarganya manakala Wong Siew Ki hadir ditemani Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan kanan DAP.

Manakala di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, Calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki memenangi kerusi dengan majoriti undi sebanyak 18,533.

Beliau memperoleh sebanyak 22,508 undi sekali gus menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan jumlah 3,975 undi.

Pengumuman keputusan rasmi itu dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman kira-kira pada pukul 8.50 malam .

PRK N27 Balakong dan PRK N32 Seri Setia diadakan serentak susulan kematian penyandangnya mendiang Ng Tien Chee pada 20 Julai kerana kemalangan jalan raya dan Allahyarham Dr Shaharuddin Baharuddin kerana menghidap kanser limfoma pada 2 Ogos lalu.






Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan