Gaji minima: Najib tak pandai kira-kira, kata Dr Dzulkefly

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan telah menaikan 5 peratus gaji minima selepas 3 bulan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan bukan dua tahun seperti dilakukan  Barisan Nasional (BN).

“Ada seorang yang sangat sibuk meneliti janji PH…saya terbaca kicauan twittnya.

“Dia kata BN 2014 daripada RM900 gaji minima tambah RM1,000 pada 2016 bersamaan 11peratus dalam dua tahun. Tetapi PH sebelum pilihan raya RM1,500 tapi hanya tambah RM1,050.

“Dia tidak pandai kira-kira.  Kita dalam Pakatan Harapan telah menambah RM50 bersamaan dengan 5 peratus hanya 3 bulan selepas memerintah,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah Grand Finale pada Pilihan Raya Kecil Dun Seri Setia di
 
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam twitternya pada Rabu yang membuat perbandingan gaji minima ketika zaman BN dan janji manifesto PH RM1,500 tetapi hanya membuat kenaikan sebanya RM50 kepada RM1,050 sahaja selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Pengarah Strategik AMANAH itu juga mendakwa, sekiranya kerajaan BN di bawah kepimpinan bekas perdana menteri itu tidak mencuri duit rakyat kerajaan PH boleh melunaskan janji dalam manifesto itu.

“Kalau dia tidak curi, rompak duit kita (rakyat) termasuk duit yang patut dipulangkan kepada peniaga dan syarikat korporat sebanyak RM18bilion pasti kita boleh bayar RM1,500.
“Cukup-cukuplah mantan.. tuan -tuan tahu mantan tu apa?… mundar mandir tanpa jawatan,” ujarnya sinikal dihadapan lebih 500 yang hadir mendengar ceramah  malam terakhir pada kempen pilihan raya  kecil itu.

Dr Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan memberitahu bagi melunaskan janji manifesto, kementeriannya akan mengambil kemajuan pelaksaan ‘Kad Peduli Sihat’ yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk dibincangkan dalam kementerian itu  dan  dimasukkan  dalam pembentangan Bajet 2019 kelak.

“Antara perkara yang kita janjikan dalam 100 hari adalah Program Peduli Sihat. InsyaAllah kita akan tambah baik Program Peduli Sihat Negeri Selangor dengan Program Perlindungan Kesihatan B40 dan kita akan masukkan dalam Bajet 2019 sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto,” ujarnya yang menyeru pengundi di Dun Seri Setia untuk menyokong calon PH.

Hari ini PRK Dun Seri Setia akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH Halimey Abu Bakar dengan calon Pas Dr Halimah Ali.

Hari ini seramai 52,650  daftar pemilih  dijangka akan membuang undi  di Dun Seri Setia.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan