Seminar diharap dapat beri kefahaman masyarakat mengurus kepelbagaian

Naib Presiden AMANAH, Dr Hassan Baharom berkata, Seminar Fiqh Kewarganegaraan dengan tema Fiqh al Muwatanah Dalam Naratif Malaysia Baharu diharap dapat memberi kefahaman kepada masyarakat untuk menguruskan kepelbagaian secara harmoni.

Seminar anjuran ABIM itu diadakan hari ini di Auditorium D’Sury Kompleks Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Sembilan hari ini dengan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Haji Aminuddin Harun.

Ucaptama disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Kata Dr Hassan, dalam konteks dunia masakini dalam kerangka konsep negara bangsa seiring dengan perubahan lanskap politik tanah air, konsep Fiqh al Muwatanah atau Fiqh Kewarganegaraan ini seharusnya difahami dengan makna yang lebih luas dan terbuka.

“Dalam ruang demokrasi dibawah ruang lingkup Islam, dasar dan tasawwur mengenai hubungan sesama warganegara dan bukan Islam sama ada di negara majoriti penduduk Islam dan juga di mana orang Islam adalah minoriti perlu diberikan perhatian.

“Bagi maksud ini, konsep ‘al Ukhuwat al Muwatinun’ dan ‘al Ukhuwat al Insaniyyah’ perlu dijadikan tema perbincangan dan diberikan ruang yang sewajarnya untuk dijadikan satu pendekatan yang lebih segar dan berkesan khususnya dalam mengolah semula konsep ukhuwah dan hubungan dengan bukan Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai masyarakat yang pelbagai baik dari segi agama, bangsa dan warna kulit.

“Diharapkan penganjuran Majlis Ilmu ini akan dapat memberikan kefahaman terhadap fiqh al muwatanah dan seterusnya mewujudkan masyarat yang dapat mengurus kepelbagaian secara harmoni di dalam negara kita yang tercinta ini,” kata Ahli Parlimen Tampin itu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan