Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah kerajaan yang telus dan
tidak terikut-ikut dengan rentak serta tari yang dimainkan oleh Umno dan
Pas.
Malah sekiranya tarian yang ditarikan menjadi ikutan maka rakyat tidak akan dapat hidup dalam harmoni.
Demikian dinyatakan oleh Bendahari Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul
Zulkarnain Abdul Munaim ketika ditemui semasa majlis perasmian
Konvensyen Pemuda AMANAH Pulau Pinang kali ke-2 di BM City Mall semalam.
Jelas beliau lagi, Pas dilihat terikut-ikut dengan rentak Umno dan BN dengan memainkan isu agama dan bangsa.
Namun begitu katanya, sekiranya ini menjadi pendekatan yang digunakan
oleh Pas dan Umno, maka kedua-dua parti tersebut tidak boleh berganjak
lebih jauh ke hadapan.
“Suasana politik pada hari ini sudah jauh berbeza dari sebelum ini.
“Rakyat dapat melihat ketelusan kerajaan PH yang sedang menerajui
kepimpinan setelah beberapa isu diambil tindakan dengan segera.
“Ini termasuklah isu besar melibatkan 1MDB serta pendakwaan beberapa
pimpinan kerajaan terdahulu, ” ujarnya yang juga merupakan Exco Kerajaan
Negeri Perak.
Tegasnya lagi, dakwaan yang cuba dimainkan oleh Umno dan Pas mengenai
janji manifesto yang belum dapat dilaksanakan juga tidak mampu mendapat
dokongan rakyat.
“Kerajaan kini sedang dan akan mengambil beberapa pendekatan yang
terbaik dalam menangani isu berkaitan setelah melihat kedudukan sebenar
kewangan.
“Begitu juga dalam isu melibatkan pinjaman PTPTN serta pemansuhan
tol, ia tetap diberi perhatian serius serta pertimbangan yang
sewajarnya.
“Yang pasti kerajaan PH cuba memberi keadilan untuk semua rakyat
dalam negara ini tanpa meminggirkan mana-mana golongan masyarakat, ”
tambahnya lagi.
Sejajar dengan itu katanya, PH masih meniti laluan yang penuh
kedukaan akibat dicalarkan oleh salah urus kepimpinan kerajaan BN yang
lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan