Amaran kepada pimpinan Amanah


PUTRAJAYA - Pemimpin Amanah di semua peringkat diberi amaran agar menjalankan tugas  penuh berdedikasi tanpa terpalit dengan sebarang skandal tingkahlaku.

Pengerusi Amanah Wilayah, Datuk Dr Hatta Ramli berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadap bekas Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah sebagai pengajaran kepada semua pihak.

"Setiap peringkat pemimpin perlu hati- hati kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diberikan autoriti penuh untuk menjalankan tugas mereka," katanya.

Menurutnya, pangkat dan kedudukan tidak boleh dijadikan lesen untuk seseorang pemimpin melakukan kesalahan.

"Kita boleh dikenakan tindakan yang mungkin menjejaskan kehidupan kita," katanya pada ucapan pembukaan Konvensyen Amanah Wilayah kali ketiga baru ini

Menyentuh mengenai perkembangan Amanah di wilayah itu, beliau berkata, pihaknya menerima sambutan menggalakkan.

"Dalam tempoh tiga tahun, ia menunjukkan perkembangan yang baik," katanya.

Menurutnya, tiga kawasan iaitu Cheras, Kepong dan Labuan masih belum membuat pendaftaran meskipun jumlah keahlian semakin bertambah.

"Amanah Wilayah sejak ditubuhkan telah memberi platform politik kepada semua dengan berperanan melengkapkan perjuangan ke arah membina Malaysia Baharu.

"Dalam tempoh pendek ini telah menyaksikan beberapa kejayaan dicapai yang akan memberi dugaan pada masa hadapan," katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan