Bajet 2019: Kita tidak hutang berbilion-bilion, Dr M jawab pembangkang


SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kembali kritikan pembangkang yang mendakwa Bajet 2019 semalam sebagai ‘bajet copy paste’.

Beliau berkata, pembangkang boleh berkata apa-apa sahaja kerana mereka tidak mempunyai kuasa.
“Kita tidak mempunyai hutang berbillion-billion,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Hidup Aktif (Walk) di Setia City Park, Setia Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang semalam yang menyifatkan Bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan (PH) menciplak apa-apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menafikan dakwaan PAS bahawa kerajaan meminggirkan Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, kerajaan sudah merangka banyak program untuk 2 negeri Pantai Timur itu.
“Kita sudah ada program, kita akan bayar duit kepada Kelantan,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hampir tiada projek besar diyatakan dalam Bajet 2019 sebagai pemangkin kepada pembangunan wilayah Pantai Timur.
“Masa Tun Mahathir bentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-11 (Rancangan Malaysia Ke-11), antara yang dibangkitkan beliau ialah pembangunan seimbang antara wilayah.

“Tetapi, kita tengok belanjawan kali ini hampir tiada, malah tidak digambarkan dalam data yang jelas tentang pembangunan khusus kawasan wilayah Pantai Timur,” katanya.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan PH tidak memenuhi janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 lalu dalam Bajet 2019, termasuk janji untuk menghapuskan tol.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, walaupun kerajaan mengumumkan beberapa subsidi, namun ia tidak memadai dengan janji kepada rakyat yang dibuat ketika pilihan raya Mei lepas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatkan belanjawan pertama PH tidak memberikan “titik sentuhan” kepada rakyat.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan