Pakar ekonomi terkejut RM5 bilion untuk bantuan sara hidup


PETALING JAYA: Seorang penganalisis ekonomi terkejut apabila kerajaan mengumumkan peruntukan RM5 bilion untuk program Bantuan Sara Hidup (BSH), dahulunya dikenali sebagai BR1M, kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyukai pemberian wang tunai.

Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) Prof Barjoyai Bardai berpendapat peruntukan itu satu ganjaran besar kepada kumpulan berpendapatan rendah.

“Ini merupakan kenaikan berbanding dari apa yang diumumkan belanjawan-belanjawan lepas,” katanya ketika dihubungi

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan RM5 bilion untuk BSH dalam Belanjawan 2019 hari ini, dan dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.
Beliau bagaimanapun percaya pemberian bantuan wang tunai tidak akan berterusan dalam jangka masa panjang.

“Sebab itu kerajaan di masa yang sama mengumumkan beberapa program untuk cuba menambahkan pendapatan kumpulan berpendapatan rendah ini supaya di masa akan datang mereka tidak bergantung dan tidak mengharapkan pemberian yang berterusan,” katanya.

Mengulas isu sama, Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj mengalu-alukan pemberian bantuan itu kerana Malaysia tidak dapat meningkatkan gaji minimum yang mencukupi.

“Memang orang biasa B20 susah, banyak tekanan ekonomi dan bantuan ini akan bantu mereka,” katanya.

Beliau berkata, pemberian bantuan seperti BSH salah satu cara kerajaan mengagihkan kekayaan
“Bagi bantuan sara hidup, perkhidmatan kesihatan percuma, subsidi yang besar kerana pekerja main peranan dalam mewujudkan kekayaan itu.

“‘Cash transfer’ ini merupakan satu kaedah kita agihkan kekayaan negara, ini bukan sedekah kerana kita tak boleh bayar nilai sebenar kerja mereka,” katanya.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan