Katanya, P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri memang gagal.
“Jawapan beliau di Parlimen mengelirukan rakyat, lagi pun ada perbezaan pendirian antara PM dengan menteri.” Katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman facebooknya.
“PM cakap lain, Waytha lain, Anwar lain, Ketua Pemuda AMK lain dan Menteri Agama pun cakap lain. Apakah PM sengaja membiarkan isu ini dipolemikkan sebagai escapism?
“Hanya akan terjawab kalau PM yang cakap di Parlimen dan beri kata dua kepada Waytha supaya hentikan “roadshow kosultasi” yang mahu dilaksanakan.
“Rakyat juga tertanya-tanya apa muslihat PM lantik Waytha sebagai menteri yang menjaga perpaduan sedangkan mustahil PM tidak tahu tuduhan palsu Waytha di Belanda itu.”
Ujarnya, di Parlimen Waytha menjelaskan, kenyataan di Belanda itu ditujukan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu.
“Bukankah daripada 61 tahun pemerintahan BN itu, Tun M menjadi PM selama 22 tahun dan tiga tahun sebagai TPM.
“Waytha kena lebih spesifik, berapa banyak kuil yang dirobohkan dan berapa ramai orang India yang dipaksa memeluk Islam selama 22 tahun Tun M menjadi PM. Ada ke tak ada?
“Apa tindakan Waytha, sejak PH memerintah Selangor dari 2008, hampir 22 buah kuil Hindu telah dirobohkan. Apakah itu diskriminasi kaum?”
Tegasnya, kalau PM tidak buat arahan “full stop” kepada ratifikasi ICERD, dibimbangi ramalan ahli nujum wanita daripada Thailand kononnya akan berlaku rusuhan besar di Kuala Lumpur bulan Disember nanti akan menjadi kenyataan.
0 comments:
Catat Ulasan