Penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter warga Malaysia akan
menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus mulai 1 April, umum
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini.
Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan kementerian itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lepas bagi meringankan kos sara hidup pengguna komuter.
Menurutnya, inisiatif itu akan memanfaatkan kira-kira 94,000 penumpang setiap hari di lima jajaran iaitu Padang Rengas-Butterworth; Butterworth-Padang Besar; Port Klang-Tanjung Malim; Seremban-Batu Caves; dan Sungai Gadut-Tampin.
"Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan sistem transaksasi tanpa wang di stesen-stesen komuter, mereka sudah pun menikmati diskaun 20 peratus dan akan mendapat tambahan 20 peratus yang diputuskan hari ini. Jadi mereka mendapat diskaun sehingga 40 peratus.
"Ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan komuter secara harian. Ini adalah inisiatif kerajaan memandangkan faktor kos pengangkutan merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyumbang kepada kos sara hidup," kata Loke pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya.
Loke
berkata pemberian diskaun 20 peratus itu dijangka menyebabkan
pengurangan hasil sebanyak RM43 juta setahun kepada Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB) dan ini akan ditampung oleh Perbadanan Aset
Keretapi (RAC).
Beliau berkata inisiatif itu akan disemak semula setiap tahun.
Loke berkata inisiatif pemberian diskaun itu diharapkan dapat meningkatkan jumlah penumpang KTM Komuter antara 120,000 ke 130,000 pengguna.
"Tujuan beri diskaun ini antara lain untuk 'boost ridership'. Sejak kebelakangan ini, jumlah pengguna menggunakan komuter telah berkurangan disebabkan oleh projek menaik taraf landasan keretapi yang telah menyebabkan kekerapan tren di stesen-stesen telah berkurangan.
"Kalau dulu kena tunggu 20 minit, sekarang kena tunggu 40 minit. Ramai orang merungut kerana tren lambat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata pihaknya sedang merancang untuk menambah perkhidmatan bas perantara Stesen Transit Aliran Massa (MRT) ke kawasan perumahan termasuk di Semenyih.
-Bernama
Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan kementerian itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lepas bagi meringankan kos sara hidup pengguna komuter.
Menurutnya, inisiatif itu akan memanfaatkan kira-kira 94,000 penumpang setiap hari di lima jajaran iaitu Padang Rengas-Butterworth; Butterworth-Padang Besar; Port Klang-Tanjung Malim; Seremban-Batu Caves; dan Sungai Gadut-Tampin.
"Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan sistem transaksasi tanpa wang di stesen-stesen komuter, mereka sudah pun menikmati diskaun 20 peratus dan akan mendapat tambahan 20 peratus yang diputuskan hari ini. Jadi mereka mendapat diskaun sehingga 40 peratus.
"Ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan komuter secara harian. Ini adalah inisiatif kerajaan memandangkan faktor kos pengangkutan merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyumbang kepada kos sara hidup," kata Loke pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya.
Beliau berkata inisiatif itu akan disemak semula setiap tahun.
Loke berkata inisiatif pemberian diskaun itu diharapkan dapat meningkatkan jumlah penumpang KTM Komuter antara 120,000 ke 130,000 pengguna.
"Tujuan beri diskaun ini antara lain untuk 'boost ridership'. Sejak kebelakangan ini, jumlah pengguna menggunakan komuter telah berkurangan disebabkan oleh projek menaik taraf landasan keretapi yang telah menyebabkan kekerapan tren di stesen-stesen telah berkurangan.
"Kalau dulu kena tunggu 20 minit, sekarang kena tunggu 40 minit. Ramai orang merungut kerana tren lambat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata pihaknya sedang merancang untuk menambah perkhidmatan bas perantara Stesen Transit Aliran Massa (MRT) ke kawasan perumahan termasuk di Semenyih.
-Bernama
0 comments:
Catat Ulasan