"Hina Nabi Muhammad, apa yang lagi yang PAS mahu?"

Oleh Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Umum tahu yang suspek hina Nabi Muhammad dibebaskan dengan jaminan polis. Bebas dengan jaminan Polis bukan bermakna di bebas dari kesalahan tersebut tapi mungkin polis masih tak cukup masa nak kumpul semua bukti sebelum boleh dakwa di mahkamah.

 Kalau kesalahan bukan bunuh, polis tak boleh tahan reman lebih dari masa yang di benarkan e.g. 2-3 hari, kalau nak tahan lebih masa kena minta kebenaran majistret. Negara kita ada undang-undang. Ini bukan zaman Najib Razak yang mana dia suka2 sumbat orang dalam akta hasutan/sosma tahan tanpa bicara sampai 60 hari. Lain la kalau kes bunuh, baru lah tak boleh ikat jamin dan tahan sampai tunggu perbicaraan.

Sebab jenayah yang berlaku itu dalam alam maya, polis mungkin perlu masa lebih untuk dapatkan IP address dari ISP, date and time stamp dari Facebook. Mungkin juga polis perlu dapat perintah mahkamah untuk dapat detail dari Facebook kalau user tersebut sudah delete pos yang asal. Benda macam ini bukan boleh main serkap jarang. You have to get it right for the first time. Kalau dah masuk dalam court pastu bukti bercanggah, nanti kes kena kalah, pimpinan PAS juga yang akan pertikai kata Mahkamah bawah pengaruh DAP.


Masalah ingnorance pimpinan PAS ni membahayakan negara. Mereka jahil dan ada pengikut yang taksub sebijik macam golongan Ruwaibhidah yang Nabi sebut
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.


Sekarang PAS ada 18 ahli parlimen. Jadi tolong la usul dalam parlimen tu pinda penghina Nabi Muhammad tukar kepada mandatori gantung; lepas ni automatik tak boleh di jamin. Dah aku cadangan kan mana2 menteri PH tolong luluskan tapi masuk sekali siapa yang menunggang nama Agama Islam seperti kata tipu syarie juga di masukkan dalam Akta yang sama, termasuk lah takfiri sesama muslim. Ini tidak, masuk parlimen duk bising royalti. Duit duit duit. Luar parlimen berlakon jadi champion rakyat padahal dia sendiri makan duit rakyat dan ambil dana haram untuk deposit PRU14. Kalau pimpinan PAS kena hukum gantung mandatori sebab takfiri, rasanya separuh surau di malaysia kosong tak ada penceramah sebab ramai golongan agamawan yang jahat dari parti agama. 


Kalau masih tak faham analogi dia senang. Katakan Agen CIA dah kena tahan dengan SPRM sebab pengubahan wang haram. SPRM akan panggil untuk siasatan, kalau dah cukup bukti, AG akan dakwa di mahkamah. AG recommend tak boleh jamin sebab Agen CIA ini kira menderhaka pada YDPA dan laywer agen CIA akan argue kata Agen CIA bukanlah ancaman pada negara.


1) mahkamah akan decide sama ada nak terus tahan sampai tarikh bicara
2) atau lepas dengan ikat jamin + pasport di ambil.


Tu belum ambil kira kalau lawyer agent CIA nak bantah lagi kena masuk federal court, appeal court etc. 


"Tapi Kalau Laksana Hudud Pasti Tak Akan Terjadi Perkara Macam Ini" 


Ini lah masalah malas membaca, dah hanya percaya pada pimpinan parti agama yang Ruwaibhidah. Kalau ada hudud pun process pendakwaan dan pembuktian tetap sama. Tambahan pula mahkamah syariah masih tak cukup capasiti lagi nak laksanakan hukuman jenayah. Itu lah, bila suh bentang ARYOYO355 tangguh, lepas tu berhimpun di padang bagai orang gila, kata dah selesai tugas, pentaksub pun percaya hulur tabung milo. Ini Tantawi kata nak berhimpun lagi, aku rasa akan jadi macam himpunan ICERD. Walhal ICERD tu ada bagus dari umumnya untuk halang diskriminasi antara kaum macam apa yang Islam suruh boleh aje ractify atau pinda mana2 yang tak sesuai dengan undang2 malaysia. Tapi pimpinan PAS pukul rata, dapat pula pentaksub yang binary mind. Sama ada 1 atau 0, nothing in between. Habis di bawa haiwan ternakan meragut di tengah KL. Bila tanya apa ICERD, 99% pun tak tahu. Yang lagi best , yang berucap atas pentas semua kaki samun lepas tu doakan kemusnahan muslim yang lain. Skang tengok habis berantakan parti dia sendiri sebab doa jahat yang makan diri. Ni nak berhimpun lagi modus operandi dia sama. Nak tunggang ternakan yang jahil tak tau apa2, nanti kata menteri tak jaga Islam. Padahal apa yang polis buat ini semuanya berlandaskan undang-undang Malaysia. 


Pastu bila turun berdemo nanti, kalau behave tak apa. Mulalah maki perdana menteri, maki kaum-kaum dan agama lain, inciting hatred and lies. Masalah yang paling besar ialah mereka ingat apa yang mereka buat sebahagian dari islam sebab ulama PAS turut serta sedangkan apa yang mereka buat itu yang merosakkan Islam. Tengok kes patung dekat masjid, ni memang taktik bila ada PRK dari UMNO sekarang ni pimpinan PAS pula yang teruskan. Habis di maki kaum India dan Cina, last2 sekali yang buat orang melayu gila isim salah mengaji di seberang. Tapi tak ada pun permohahan maaf dari pimpinan PAS, walhal mamat gila islam dan pimpinan PAS pun sama kapal salah menuntut ilmu.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan