Oleh Mohd Mukhlis Mohd Sharif
Umum tahu selepas 10 tahun, akhirnya hasrat TGHH hendak membentuk
kerajaan perpaduan (UG) dengan UMNO telah tercapai. Tahun 2008-2015,
penghalang terbesar UG adalah ATGNA dan selepas permergian ATGNA, jebon
(Husam, Mat Sabu, Khalid Samad, Mahfuz) yang hendak bersama dengan
Pakatan Rakyat semuanya telah di tendang dengan alasan hendak
menjatuhkan kepimpinan Ulama. Yang terlibat dalam konspirasi ini ada 2
kumpulan, RTI dan Tanjung MAS.
Diantara 2 kumpulan ini, kumpulan Nik
Abduh mengunakan dana dari UMNO dan satu lagi kumpulan Ustaz Zaharuddin
tidak menggunakan duit UMNO. Tapi motif kedua2 kumpulan ini jelas iaitu
ingin menjatuhkan jebon.
Saya sendiri pernah tanya kepada Dr Muhammad Atiullah
dari Kumpulan Ustaz Zaharudin, apa hukum dia menjatuhkan jebon-jebon
yang masih dalam jemaah masa itu kerana apa yang jebon2 itu sebut adalah
benar. Nampaknya Dr Muhammad Atiullah juga penakut hanya mendiamkan
diri. Dia suruh Nik Abduh bagi jawapan tentang audio sumpah nik abduh
tetapi bila dia sendiri khianat pada jemaah dia tidak berani jawab. Dia
bagi hadis pasal penerima rasuah, tapi hadis pasal memfitnah dah khianat
jemaah dia buat-buat lupa. Soalan saya pada dia ada di bawah
----------------------------------------
Dr, Saya ada soalan. Bila Dr sendiri mengaku yang Dr cuba menjatuhkan jebon walaupun Dr tidak ambil dana UMNO.
1) Adakah tindakan Dr itu betul?
2) Bukankah itu sendiri bermakna Dr telah khianat Ahli parti sendiri?
3) Bukankah apa yang jebon2 tersebut claim akhirnya jadi kebenaran? 10
tahun TGHH cuba hendak bersama dengan UMNO, akhirnya berjaya juga
semalam.
Kalau apa yang saya tulis ini benar, bila Dr hendak buat permohonan maaf pada Jebon2 yang Dr telah khianat dahulu?
----------------------------------------
That is beside my point. Kenapa PH tidak perlu risau?
Bila hendak membentuk kerajaan perpaduan, perkara yang paling penting
ialah representative dalam kerajaan negeri. kalau di Kelantan, ada kem
Mat Yaakub MB dan TMB Nik Amar. Adakah tuan-tuan fikir Nik Amar hendak
kosongkan kerusi TMB dia nak bagi laluan pada UMNO jadi TMB atau pun nak
lantik TMB ke dua? Itu semua kena buat melalui sultan dan dewan. Itu
belum masuk 8 portfolio Exco yang sekarang ini di pegang oleh 2 kem PAS.
kalau UMNO nak jadi Exo at least kena beri 2 kerusi Exco, siapa pulak
yang hendak mengosongkan kerusi empuk Exco demi UMNO? Terengganu pun
sama, Ada kem Teknokrat di bawah Menteri Besar Dr Sam dan satu kem lagi
ulama, 11 kerusi exco paling kurang 3 exco kena bagi pada UMNO. Siapa
yang nak kosongkan kerusi Exco? Yang lagi menarik, bulan April kelantan
akan dapat royalti minyak yang di nafikan kan pada zaman BN ( tapi masih
buat fitnah dan kata PH zalim). Adakah Tuan-tuan ingat bila dapat
royalti tu lagi senang nak bahagi kuasa?
Bila PAS/UMNO kata
mereka bersatu demi melayu dan islam, bagi saya itulah satu penipuan
yang terbesar. Sedangkan dalam PH dahulu pun yang dah ada majlis
presiden, nak finalize seat bertanding di selangor pun sampai 1 bulan
sebelum pencalon baru clear, semua gara-gara kartel yang kemaruk kuasa
but that is beside my point. My point is, takat nak cerita bersatu pada
PRK itu boleh la, tapi kalau nak bersatu time PRU15 atau pun nak bagi
kerusi exco, saya rasa jauh panggang dari api. Itu lah dia politik
tuan-tuan, depan Tuan-tuan cerita pasal islam dan melayu, belakang
tuan-tuan, sibuk duk pelahap jawatan , wang dan royalti. Tu belum cerita
kalau mereka bersatu kelantan/terengganu tidak pembangkang, jadi tak
ada check and balance. Kira sidang DUN pun boleh takat main ambil
kedatangan lepas tu buat debat olok-olok sebab tidak pembangkang.
Kalau Perlis dan Pahang, UMNO mungkin ada possibility untuk bergabung
sebab both state takda royalti minyak dan hutang pada tertunggak pada
federal pun banyak, tapi untuk terengganu dan kelantan yang dapat
royalti, saya sangat yakin PAS dan UMNO tidak akan bersatu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan