Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menumpukan usaha menambahbaik
program kerajaan sedia ada dan bukannya dengan menjenamakannya semula.
Penganalisis
politik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dr Mohd Mizan Aslam
berkata, ia bagi mengelakkan tanggapan bahawa kerajaan kini sekadar
meniru idea pentadbiran terdahulu.
"Kerajaan tidak perlu jenamakan
semula perkara baik yang dilakukan kerajaan sebelum ini untuk elak
persepsi masyarakat bahawa kerajaan meniru (kerajaan lalu) serta tiada
idea.
"Perkara baik dibuat kerajaan sebelum ini perlu diteruskan,
tak perlu dijenamakan semula kerana ia membabitkan kos," katanya kepada Malaysiakini.
Pengarah
Institut Kajian Strategik Malaysia (MYRISS) itu berkata rakyat tidak
memerlukan penjenamaan semula sebaliknya mahu kerajaan meningkatkan
kualiti kehidupan mereka.
"Keputusan yang hendak dibuat perlu ambil kira kepentingan rakyat," kata Mohd Mizan.
Isu penjenamaan semula beberapa program kerajaan menjadi perhatian dan dikritik sesetengah pihak kerana membabitkan kos tinggi.
Sebelum
ini, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) diumumkan Menteri Pembangunan
Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun dengan nama baru sebagai Pusat
Komuniti Desa (PKD).
Pada 15 April lalu, Menteri Pendidikan
Maszlee Malik mengumumkan keputusan kerajaan untuk menjenamakan semula
Program Permata Negara (Permata) kepada Genius.
Permata diilhamkan isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula menjenamakan semua 1Malaysia 4 Youth (iM4U) kepada Impact Malaysia.
'Belanjakan wang untuk kesejahteraan rakyat'
Bagi Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail menyifatkan penjenamaan semula itu hanya merugikan wang rakyat.
Dalam
keadaan ekonomi yang semakin merudum, dengan hutang negara yang semakin
meningkat di bawah kerajaan baru, wang rakyat seharusnya digunakan bagi
membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
"Sepatutnya
kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menangani kos sara hidup rakyat
yang semakin meningkat, menyediakan peluang kerajaan seperti dijanjikan.
"Setiap wang rakyat seharusnya dibelanjakan untuk mensejahterakan rakyat dan bukannya penjenamaan semula," katanya.
Sementara
itu, Naib Ketua Pemuda Parti Amanah, Sany Hamzah berpendapat, perkara
baik yang ditinggalkan pentadbiran lalu sewajarnya diteruskan.
"Kalau
tiada keperluan untuk dijenamakan semula, maka tak payah lakukan, yang
penting program itu manfaatnya kepada rakyat," jelas beliau.
0 comments:
Catat Ulasan