Najib Kian Mengenali Erti Hidup

Oleh Mohd Sayuti Omar

Setelah lima hari berlangsung perbicaraan keatasnya dengan 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta wang SRC bekas anak syarikat 1MDB Najib Razak sudah mulai mengenali erti hidup dan kehidupan sebenar.

66 tahun lalu Najib tidak kenal mahkamah apa lagi tidak pernah tahu berapa luas lebar dan panjang kandang orang kena tuduh. Beliau juga tidak pernah duduk atas bangku keras mendengar segala perbicaraan mengenai tuduhan ke atasnya.

Sejak lima hari lalu Najib seperti baru masuk sebuah sekolah Tadika yang selibas pengajiannya bertaraf kolej dan universiti.

Najib tidak pernah terfikir apa yang dilalui kini. Hari ini pun beliau tampil dengan segak bergaya, tidak lekang daripada mengenakan kot dan bertali leher. Kebergayaan itu menjadikan orang keliru apakah dia peguam atau tertuduh? Inilah kehebatan anak Razak Hussein.

Lima hari beliau belum berasa bosan dan jemu. Mungkin dia ketagih untuk datang mahkamah kerana di mahkamah beliau disambut penyokongnya.

Sambutan dan sorakan itu menyebabkan dia rasa tidak bersalah dan dibela. Tetapi situasi itu tidak lama, lama kelamaan Najib akan kian merasai sebagai seorang pesalah yang mungkin bergelar narapidana pula. Dia baru memahami keperita berulang alik ke mahkamah menanti keadilan.

Apa dilalui Najib adalah sunnah sebagai seorang pejuang sama berjuang di jalan kebenaran atau sebaliknya. Begitulah kalau Tuhan mahu menginjuksikan kesedaran kepada seseorang. Mudahan Najib tabah. Trims
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Tak lama lagi Najib akan mengenali kehidupan dalam rumah AGAM yang besar amat, siap dengan pelayan2 dan pengawal2 lagi. Selamat merasai hidup baru dan selamat belajar mengenal erti "you do the crime, you do the time"! Bye2 najib. But don't worry, you'll have ample friends or should I say accomplices in your new home!

    Nick.
    cape Tiger.

    BalasPadam