PAS memutuskan tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK)
Sandakan dan menyokong Barisan Nasional (BN) untuk menentang Pakatan
Harapan (PH), kata Setiausaha Agung parti Takiyuddin Hassan.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa kerja parti pada Isnin, katanya.
Langkah terbaharu itu adalah kesinambungan sokongan PAS terhadap
gabungan bekas parti pemerintah dan Umno dalam siri PRK sejak pilihan
raya umum Mei.
PRK Sandakan akan diadakan pada 11 Mei dengan DAP menamakan calonnya bagi pihak PH.
PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyatnya dan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong pada 28 Mac.
“PAS berharap PRK ini akan menghasilkan kemenangan yang akan
memperkuatkan pembangkang, terutama apabila kerusi Sandakan pernah
dipegang oleh BN,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kemenangan pembangkang adalah demi keberkesanan semak dan imbang di Parlimen.
“Selaras dengan itu, cawangan PAS di Sandakan dan Sabah akan
menggerakkan jentera pilihan raya mereka untuk membantu calon
pembangkang dalam PRK ini.
“PAS juga akan memberi arahan dan menyeru anggota dan penyokong kami
di kawasan itu untuk mengundi dan menyokong calon yang mewakili
pembangkang.”
Dilaporkan sebelum ini PAS Sandakan bersedia untuk meletakkan calon
pada PRK, tetapi dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi parti.
Hari pencalonan pada 27 April, manakala hari mengundi pada 11 Mei
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan