KEJAYAAN Putrajaya mengadakan rundingan semula dengan China untuk
projek Laluan Rel Kereta Api Pantai Timur (ECRL) adalah kemenangan besar
buat Dr Mahathir Mohamad, kata ahli akademik New York hari ini.
Dalam satu laporan yang ditulis di Forbes,
professor dan ketua Jabatan Ekonomi di LIU Post di New York, Panos
Mourdoukoutas berkata, dengan perjanjian baharu itu, Dr Mahathir berjaya
menunaikan janji pilihan raya umum lalu untuk membuat rundingan dengan
China.
Beliau menambah, pelaburan itu hanya demi kepentingan di Beijing melebihi apa yang perlu di Kuala Lumpur.
“Masalahnya banyak projek infrastruktur China tidak berdaya maju
kerana ia dibina dengan kos tinggi dan meninggalkan hutang besar kepada
Beijing,” katanya.
Tambahnya, itu yang berlaku di Sri Lanka dan banyak negara lain yang terperangkap hutang dengan hutang sama.
“Dalam berurusan dengan China, Malaysia berani melakukan sesuatu yang
tidak dilakukan oleh Sri Lanka, Pakistan dan Filipina yang membawa
Beijing kembali ke meja rundingan untuk mengurangkan kos projek
pelaburan yang diberikan kepada kontraktor China.
“Ini perangkap hutang cuba dielak oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Menurutnya, pada Ogos lalu, Dr Mahathir membatalkan projek ECRL yang memaksa China kembali mengadakan rundingan.
“Dan beliau menang, apabila perjanjian baharu dibuat untuk mengurangkan kos projek dengan ketara,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan