Oleh Mohd Sayuti Omar
MUNGKIN ada yang berasa pelik dan teruja dengan apa yang berlaku kepada
Najib Razak kini. Ke mana dia pergi dia akan dihurung, dikerumui. Najib
dah jadi macam seketul najis dikloni lelalat. Hebat.
Laungan
"bossku, malu apa", juga akan bergema ke setiap jerung yang ditujuinya.
Walhal Najib kini sudah tidak siapa siapa lagi. Najib hanya sang jalak
yang kalah sabung kerebehan sayap saja, tidak lebih dari itu.
Namun
bagi mereka yang memahami dan reti dengan budaya Melayu tidak pun
terasa apa-apa dengan Najib itu. Fenomena dilalui Najib itu biasa dalam
dunia orang Melayu. Sesiapa pun yang pernah menjadi orang besar bila
sudah jatuh, dia akan dibantu dan disimpati tanpa menyelidiki apa sebab
musab kejatuhannya.
Orang Melayu malas dan tidak suka menyelidik
dan suka pula kepada sesuatu yang glamour, termasuk berselfie dengan
orang besar. Sikap ini menyebabkan orang Melayu selalu keliru.
Segala
tuduhan jenayah dilupakan. Lebih ironis lagi tuduhan itu akan dipasak
sebagai fitnah. Fitnah, bodek dan bohong ialah hidangan lazat kehidupan
orang Melayu. Para ustaz juga ikut nembaptis Najib. Pelik.
Dari
sudut lain pula kenapa Najib dihurungi kerana selama ini kakinya tidak
pernah cemar, tapak kasutnya tidak pernah aus. Kakinya tidak pernah
memijak selut dan car, dia tidak pernah duduk dibangku dan makan
diwarong sompek di bawah pokok. Najib nun jauh di kota raya dan tinggi
di awan biru sepanjang waktu.
Selama dia jadi PM rakyat dihalang
bukan untuk bersalam hatta untuk melihatnya. Jadi apabila sudah tidak
ada kawat duri mengelilinginya, maka rakyat yang selama ini kompunan
untuk melihatnya mengambil peluang terbuka.
Rupa dan ketampan
Najib berbibir lipstik merah sebagai anak bangsawan dipuja dan
dimanjakan juga jadi tarikan. Bagi orang Melayu kehadiran anak raja atau
orang besar merupakan salah satu bahan hiburan buat mereka. Bagi
gadis-gadis pingatan pula tidak boleh memeluk tuan, peluk gambar di
akhbar buruk pun sudah puas. Justeru Najib ini adalah sebahagian badut
buat mereka.
Demikian naif dan rendahnya jiwa kehambaan orang
Melayu. Selagi sikap ini wujud dalam jiwa Melayu selama itulah mereka
akan terus menjadi lalat dan langau, keliru dan kabur mengenali mana
intan dan kaca di hadapan mata. Trims.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan