SKIM kesihatan untuk rakyat dari kumpulan B40 akan bermula di seluruh negara esok, kata Kementerian Kesihatan hari ini.
Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata skim yang dikenali sebagai PeKa
B40, akan mengutamakan perkhidmatan klinik perubatan swasta umum yang
sudah berdaftar dan penerima yang layak boleh menjalankan saringan
kesihatan di klinik berkenan yang memaparkan pelekat khusus PeKa B40.
Beliau juga menyeru klinik-klinik yang masih belum berdaftar untuk
memasuki skim yang dikenali sebagai ‘Klinik PeKa B40’ yang kini sudah
mempunya 423 klinik berdaftar setakat Jumaat.
“Ia bagi memudahkan penerima skim ini menjalankan saringan kesihatan
di klinik-klinik yang berhampiran dengan mereka,” katanya menerusi satu
kenyataan.
Selain saringan kesihatan, skim itu juga akan membantu mendapatkan
bantuan alat perubatan yang diperlukan seperti pemasangan stent untuk
jantung dan kerusi roda dan alat bantuan pendengaran yang secara umumnya
tidak diberikan subsidi pada hospital kerajaan.
Menurut laman web skim itu,
penerima akan mendapat manfaat had maksimum seumur hidup sebanyak
RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan yang dibelikan.
Skim itu juga menawarkan insentif bagi melengkapkan rawatan kanser
dengan membolehkan pesakit dibayar Rm1,000 apabila melengkapkan rawatan
di hospital kerajaan.
Selain itu, skim ini juga memberikan insentif tambang pengangkutan dengan tujuan meringankan kos pengangkutan pesakit
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan