Naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) juga berkata piagam tersebut juga tidak menjamin hubungan kedua-dua parti kekal lama, lapor Berita Harian.
"Piagam itu diharapkan memberi kesan baik memandangkan ia masih tidak menjamin hubungan kedua-dua parti akan kekal lama,” kata anggota Dewan Negara itu
"Ia bukan selalu baik dan tetap akan bergaduh, malah boleh bercerai juga. Saya berharap sepakat mereka itu tidak hanya dibina untuk kuasa tertentu,” katanya.
Setiausaha agung Umno berkata kerjasama parti itu dengan PAS bakal diperkukuh secara rasmi melalui satu piagam yang bakal ditemeterai selepas Aidilfitri.
Ketika ini, kata Tan Sri Annuar Musa, jawatankuasa tertinggi kedua-dua parti sedang membuat penelitian terakhir sebelum dimuktamadkan.
0 comments:
Catat Ulasan